CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 1

Kerjaya jurutera wanita lasak setanding lelaki

[Copy link]
Post time 15-6-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Kerjaya jurutera wanita lasak setanding lelaki


Tugasan lasak dalam bidang kejuruteraan membabitkan wanita semakin ramai dan menonjol. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bidang kejuruteraan membabitkan tugasan lasak bukan lagi kerjaya mutlak milik lelaki, sebaliknya penyertaan wanita juga semakin ramai dan menonjol.

Pengurus Negara di Hexagon Manufacturing Intelligence Malaysia, Khoo Siew Fang, berkata secara purata di seluruh dunia, wanita merangkumi kurang satu pertiga atau 29.3 peratus daripada mereka bekerja dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) saintifik.

"Kesamaanrataan jantina membabitkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta inovasi juga membentuk separuh daripada populasi dunia.

"Jadi saya perlu tekankan wanita di dalam bidang kejuruteraan juga perlu menjadi jambatan bagi wanita muda menjadi model dan saling menyokong antara satu sama lain untuk mencipta peluang lebih cerah," katanya.

Justeru, untuk mengubah persepsi bidang kejuruteraan adalah dunia lelaki ia memerlukan motivasi berterusan, minat dan bijak mengambil peluang untuk berjaya dalam bidang ini.

Ketika ini, kewujudan jurutera wanita sudah menampakkan kejayaan dalam profesion tertentu sekali gus mampu setanding dengan lelaki dalam setiap aspek.

"Contohnya saya banyak belajar setiap hari dalam bidang kejuruteraan sekali gus memberi peluang membina kerjaya impian dan memberi inspirasi kepada wanita lain," katanya yang sudah lebih 18 tahun berpengalaman dalam kerjaya itu.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyedia penyelesaian instrumen saintifik untuk penyelidikan dan pendidikan, kerja alam sekitar, serta hidrogeologi sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kejuruteraan dan Diploma Kejuruteraan Awam,

Dengan pengalaman itu, beliau dilantik menjadi pakar teknikal dan kini menggunakan kemahiran, kepakaran yang ada dalam pengilangan pintar serta metrologi.

Siew Fang berkata, metrologi iaitu kajian saintifik mengenai pengukuran membuatkan beliau tertarik dan terus mempelajari serta menerokai bidang itu.

Katanya, ketika mula menyertai kerjaya itu, beliau melihat penyertaan wanita dalam bidang kejuruteraan semakin meningkat walaupun perlahan.

"Mungkin kedudukan sama rata dengan lelaki dalam teknologi dan kejuruteraan, wanita perlu ambil lebih masa.

"Banyak usaha boleh dilakukan untuk mempercepatkan kadar perubahan ini tetapi apa yang lebih penting adalah perkara ini perlu dilakukan secara konsisten dan secara bersama," katanya.


Khoo Siew Fang (kiri) dan Leanne Kam.

Siew Fang berkata, berdasarkan laporan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Cracking the code: Girls' and Women's Education in STEM' hanya 35 peratus pelajar STEM dalam pendidikan tinggi pada peringkat global adalah wanita.

Jurutera, Leanne Kam, pula berkata beliau memulakan kerja di bidang kejuruteraan kira-kira 14 tahun lalu.

Minat mendalam terhadap metrologi industri turut mendorongnya memulakan kerjaya sebagai jurutera aplikasi sambil belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kebangsaan Singapura.

Beliau yang pakar dalam bidang pengilangan pintar dan metrologi di sebuah syarikat, berkata kepuasan bekerja membuatkan beliau kekal dalam bidang itu.

"Saya semakin menyukai dan menghargai teknologi pengukuran ketepatan menerusi tugasan dilakukan.

"Saya dapat membantu pelanggan menyelesaikan isu kualiti mereka menggunakan strategi dan teknologi pengukuran yang betul," katanya.

Ketika memulakan kerjaya pada awal 2010, industri kejuruteraan masih dikuasai lelaki.

Kini lebih ramai wanita dalam bidang kejuruteraan dan petanda baik apabila golongan itu semakin menonjol.

"Pada masa sama dapat memecahkan dinding stereotaip yang begitu kuat sebelum ini," katanya yang mendapat galakan keluarga" katanya.

Selain itu, katanya, galakkan ini perlu diterapkan sejak pada peringkat sekolah supaya penjenamaan kejuruteraan dan memberi sumbangan kepada pembangunan lestari.

Justeru katanya, apabila lebih ramai wanita dalam bidang kejuruteraan mula menonjolkan diri, persepsi hanya untuk lelaki mula berubah dan perasaan hormat wanita akan meningkat," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... ak-setanding-lelaki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 02:08 PM | Show all posts
ok lah tu..equality kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list