View: 3562|Reply: 65
|
[Tempatan]
Stesen LRT sesak teruk lagi, ramai lewat masuk kerja
[Copy link]
|
|
Stesen LRT sesak teruk lagi, ramai lewat masuk kerja
Kesesakan pada waktu puncak di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur pagi tadi. Ramai penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi ini terkandas akibat kesesakan luar biasa untuk pergi bekerja. - Foto Twitter
KUALA LUMPUR: Ramai penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi ini terkandas akibat kesesakan luar biasa untuk pergi bekerja.
Kesesakan berlaku pada waktu puncak di Stesen Pasar Seni di sini berlaku kira-kira jam 8 pagi hingga 9 pagi tadi dan difahamkan perkara sama berlaku pagi semalam.
Kesesakan itu turut tular di media sosial selepas warga maya berkongsi keadaan di stesen LRT apabila ramai penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan pergi bekerja dengan ada yang mengatakan hanya 50 peratus daripada semua pengguna LRT dapat sampai di tempat kerja.
Bagaimanapun, tinjauan di beberapa kawasan LRT sekitar di sini kira-kira jam 10:30 pagi tadi mendapati kawasan sesak yang tular di media sosial sudah pun lenggang.
Ramai penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi ini terkandas di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur akibat kesesakan luar biasa untuk pergi bekerja. - Foto Twitter
Seorang pekerja di sebuah gerai di kawasan stesen LRT terbabit yang enggan dikenali berkata kawasan tersebut dipenuhi orang ramai sekitar jam 8 pagi.
"Memang ramai orang pagi tadi, lagi-lagi sekarang ini semua sudah bekerja di pejabat, jadi itu mungkin sebab kesesakan ini berlaku," katanya dengan menambah kekerapan perkhidmatan tren berkurang kepada setiap 5 minit berbanding sebelumnya, setiap 3 minit.
"Keadaan di sini pagi tadi dikawal beberapa polis bantuan bagi mengelak kesesakan di platform," katanya.
Kesesakan pada waktu puncak di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur pagi tadi. Ramai penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi ini terkandas akibat kesesakan luar biasa untuk pergi bekerja. - Foto Twitter
Sementara itu, tinjauan juga mendapati terdapat beberapa kerosakan eskalator di beberapa kawasan LRT juga menyebabkan kesesakan utama pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.
Pekerja swasta, Avie Malinah Lampisung, 26, berkata kerosakan eskalator sangat membebankan lebih-lebih lagi pada waktu puncak ketika orang ramai terpaksa beratur panjang dan menyebabkan kesesakan kerana kawasan itu adalah laluan utama.
"Saya berharap agar pihak berkaitan melakukan pembaikan dengan cepat sebab keadaan ini sudah lama, ...kerosakan berlaku sebelum PKP lagi," katanya.
Seorang lagi pekerja swasta yang hanya mahu digelar Shahrul, 30, berkata diharapkan agar pihak Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) mencari jalan penyelesaian dengan segera bagi mengatasi kerosakan kemudahan itu kerana selain menjadi laluan utama pengguna,ia juga menjadi laluan utama untuk ke pusat beli belah sekitar ibu kota.
"Kasihan orang tua yang datang ke pusat beli belah, sebab bila eskalator rosak mereka terpaksa naik tangga dan ia tidak selamat untuk mereka," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... i-lewat-masuk-kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Alang2 cakap pasal eskalator, tu klcc lrt ke klcc nya eskalator berapa lama dah tak bergerak..tak tau malu ke management |
|
|
|
|
|
|
|
Benda2 macam ni buat orang beralih untuk memandu ketempat kerja semula. Mana tak makin sesak jalanraya sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Public transport sesak, jalan sesak.
harri tu ada seorang CEO bagi statement kata rakyat kurang guna public transport.
public transport pun sesak la. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana-mana sekarang ni sesak, itulah gunanya work from home |
|
|
|
|
|
|
|
di atas jalanraya pun semua iblis-iblis berselerakan sepanjang hari...nak keluar ke mana2 pun jem... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada menteri pon macam bebal xda penyelesaian jangka pendek dan panjang. Ni je lah prestasi 100% menteri2 umngok bn PNtek yg dibangga macai2 sedunia @kemaruk @Simunggu pfffttt!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kekerapan train tu patut ke tambah waktu waktu rush hour ni..mmg normal mana mana negara pon |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang2nya dah 2 tahun masa awal covid haritu lagi eskalator klcc tu dh rosak. Dulu macam sebelah je yg rosak, sekarang dua2 belah rosak. Dekat KLCC kotttt, boleh pulak management buat bodo jah dah berapa tahun xrepair2 lagi?? Memalukan betul yahh! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau leluhur dodol yang perintah negara kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 15-6-2022 02:46 PM
Ya Allah.. nervous nya tengok sesak jem mcm tu... dah lama sangat tak kerja ofis 9-5.. feels weird kekok kalo kena masuk keje balik.. hopefully tak perlu dah la..
Tp berharap sangat public transport improve.. takkan nak bercintaaaaa drive masuk KL rush hour.. pegi mampos lah |
|
|
|
|
|
|
|
zaman najib dulu jarang sangat dengar masalah LRT/MRT
sepatutnya MRT 3 dah siap dah tapi KERAjaan PH tangguh pembinaan sehingga dijangka siap 2025 kelak
kalau MR3 dah siap dah tentu mengurangkan kesesakan jalanraya |
|
|
|
|
|
|
|
kejadah pulak jarang...nampak sangat tak naik pengangkutan awam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sblum covid tak pernah pulak jadi camni
Apa yg tak kena |
|
|
|
|
|
|
|
Tren setiap 5 minit memang terlalu lama.Dulu 3 minit aje. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 15-6-2022 11:52 PM
Tren setiap 5 minit memang terlalu lama.Dulu 3 minit aje.
Boleh quickie dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah nasib rakyat marhain pembayar cukai mcm ni. Kita ni mmg selamanya ke kena hadap pemerintah mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu zaman PKP 1.0
|
|
|
|
|
|
|
| |
|