Tindakan pelakon Fify Azmi memuat naik foto bekas pembantu peribadi (PA) di laman Instagram mengundang rasa kurang senang wanita berkenaan.
Kredit foto: IG Fify
Kata PA berkenaan yang mahu dikenali sebagai Nora, isu ‘kebas’ duit itu hanyalah salah faham dan Fify tidak sepatutnya berkongsi mengenai perkara itu tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
“Yang fasal wang RM15,000 ini disebabkan berlakunya salah faham, fasal duit itu semua saya dah buat laporan polis.
“Saya tak pernah lari dan tak pernah tutup telefon kalau dia hubungi untuk bertanyakan mengenai perkara ini.
Kredit foto: YouTube mStar
“Tapi dia memilih untuk memviralkan saya di media sosial hingga menjatuhkan nama saya serta keluarga. Bila saya bayar duit dia, dia boleh kembalikan ke maruah saya?” katanya kepada mStar.
Sumber: mStar |