CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6481|Reply: 65

"Cuma, Jadi Duda Lagi Seronok..." - Iman Zulkarnain Rasa Bebas Lepas Ceraikan 2 Isteri

[Copy link]
Post time 14-6-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon, Iman Zulkarnain sebelum ini melonjak naik walaupun hanya memegang watak kecil sebagai peniaga warung dalam drama Nur 2.



Tidak lagi terikat dengan perkahwinan poligami, aktor berusia 31 tahun itu mengakui lebih seronok menjalani kehidupan tanpa isteri kerana bebas melakukan apa sahaja.



Memetik laporan mStar, dia juga boleh berlakon dengan mana-mana pelakon wanita tanpa perlu memikirkan perasaan dua isterinya.



  



"Saya bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, dengan isteri pertama pula tahun lalu. Alhamdulillah, saya gembira sebab ada kebebasan dan rezeki dalam industri juga masih ada.



"Keadaan ini memudahkan saya untuk bekerja dan berurusan dalam industri. Kalau nak berlakon dengan mana-mana pelakon wanita pun tak perlu nak jaga hati sesiapa.



"Tak ada siapa yang cemburu dan saya bebas nak pilih kerja. Apa saja status sama ada sudah berkahwin atau duda, tetap akan ada rezeki. Cuma jadi duda lagi seronok," katanya kepada mStar.



  



Iman turut mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan yang sangat teruk selepas berpisah dengan kedua-dua isterinya.



Katanya, dia pernah cuba bunuh diri dan meroyan dalam tempoh beberapa bulan. Iman bagaimanapun mengakui kesilapannya berkahwin dua sedangkan ketika itu ia diluar kemampuannya.



"Memang silap saya sendiri sebab nak poligami tapi di luar kemampuan saya. Saya terima kesilapan itu yang menjadi penyebab saya kehilangan kedua-dua isteri.



  



"Tapi, apa yang berlaku membuatkan saya lebih matang dan memahami diri sendiri serta kemahuan wanita. Saya kembali fokus pada diri dan kerja.



"Tahun lalu dan tahun ini saya ada cuba cari pengganti tetapi buat masa sekarang ini rasanya saya macam belum bersedia komitmen untuk hubungan serius. Lebih baik saya fokus pada diri dahulu," katanya.



  



Terdahulu, Iman berkahwin dengan isteri pertama pada 28 Januari 2012 dan dikurniakan tiga orang anak berusia sepuluh, enam dan empat tahun.



Iman kemudian berkahwin buat kali kedua pada 15 April 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.



Pelakon itu bercerai dengan isteri kedua pada Disember 2019, manakala isteri pertama pula pada Februari tahun lalu. -CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok baru tau kewujudn kau.. Nexttt

But muka boleh tahann macho
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts

Buat pompuan lain Sila pikir panjang kalau nak berlakikan dia ni. Peluang tuk dimadukan tinggi ,peluang utk diceraikan pun tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyusss tapi kesian anak 3 dapat bapak tak matang. Harap tak lupa tanggungjawab pada anak3
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ckp jer la cerai time pkp sbb tak ada income
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm niezam zaidi muka budak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2 kali cerita dia dekat porem, tetap who are yous
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:10 PM | Show all posts
ko elok2 kawen 1, ko p kawen 2.. bila ko kawen 2, igt mampu nk poligami, rupanya ko x mampu.. last2 bercerai ngan bini kedua ko xsampai setahun kawen. by that time, 1st marriage ko dh xseperti dulu.. last2, 2-2 ko hilang... mesti disaat ini ko menyesal...  sedeynya bila difikirkan..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 12:15 PM | Show all posts
umur 31 dah anak 3?? pastu bercerai plak?? pape pn, hang sapo dikkk???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:16 PM | Show all posts
aku je ker yg tak kenal dengan dia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:16 PM | Show all posts
ni jenis kuat mencelop tapi tak nak komitmen ni....red flag sungguh...sendiri bukak pekong & red flag diri sendiri demi nak himpit pelakon pompuan.... bodooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:27 PM | Show all posts
mcm lan a to z masa muda2 dulu je rupa dia...
by the way nampak mcm helok sikit dlm socmed je..
dalam drama indah khabar dr rupa jerr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:30 PM | Show all posts
eben dah tulis dia berlakon nege je kat dlm  nur 2, tetaplah mek x perasan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:36 PM | Show all posts
anak 3 org tu sapa jaga yg ko fefeling merasa duda bebas bebird tu
ngok punya statement, nangis sajat dgr cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:42 PM | Show all posts
Whoareyus sangat, dengan jenis ikut kepala sendiri ni lama mana lah nak bertahan dik non. Ayat pun ala2 lelaki idaman malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:42 PM | Show all posts
ok I tak kenal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 12:43 PM | Show all posts
entahla, sek2 yg gemou memadukan bini ni, yg aku tengok muak so-so je or muka minta penampau kecuali serap muslim. yg helok2 mostly helok je syg binik
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sekarang mmg kepala hotak dia kawin dulu, tak serasi boleh cerai.
Ni bukan org muda je ya, yg tua bangka pun sama.
Mcm tak pernah serik walaupun perkahwinan dulu2 tak semenggah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:53 PM | Show all posts
muda2 dah kerap kawin cerai, red flag mamat nih..
gembira hidup single? good for u..
takyah la kawin lagi if mindset pon acah2 budak baru nak rasa freedom. buat penaya anak dara orang je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:55 PM | Show all posts
harap maap xkenal..sapa tah hang ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.174565 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list