Sumber IG
Melalui fasa putus tunang yang menyakitkan, pelakon, Aishah Azman mengakui dirinya masih solo dan masih belum bertemu dengan jejaka yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
Memetik laporan Media Hiburan, adik kepada aktor Afiq Muiz itu bagaimanapun lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup selepas berdepan dengan pengalaman lalu.
"Saya tak tutup pintu hati. Tak fobia pun. Cuma saya belum bertemu dengan calon yang sesuai tambahan pula sekarang ini saya lebih berhati-hati.
"Saya pernah melalui pengalaman dalam hal seperti itu jadi lebih mudah untuk saya kenal sifat seseorang itu.
"aling penting dia adalah seorang yang menghormati orang tua. Hormati keluarga saya dan diri saya sendiri.
"Selain itu, antara ciri-ciri lelaki yang saya suka adalah seorang yang berpendidikan tinggi. Apabila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaika"Individu yang mendekati saya itu pun sebenarnya bukan dari kalangan orang industri. Mereka orang biasa sahaja dan ada juga yang menepati kriteria," selorohnya.
Dalam perkembangan baharu, Aishah bakal muncul menerusi supertelefilem berjudul Bangkitkan Aku Kembali.n masalah," katanya kepada MH.
Wanita berusia 26 tahun itu turut mengakui ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya namun Aishah memilih untuk tidak melayan mereka setakat ini.
"Saya pilih untuk tak layan sebab kalau boleh saya tak nak orang yang berkecimpung dalam dunia hiburan. Saya nak orang luar."-CARI
|