CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 8

[Tempatan] Kerajaan pulau pinang naaaaak juga buat kilang dan asrama pekerja asing di kawasan yang didiami ramai Melayu!

[Copy link]
Post time 9-6-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by midori_katana at 9-6-2022 12:51 PM

Mula2 nak bina di Telok Kumbar, lepas tu di Juru sekarang  di Bertam pula.. tragedi pencemaran di pasir gudang pun dok segar dalam ingatan lagi!

Pautan asal —-> https://www.facebook.com/1381320680/posts/10227822874182236/?sfnsn=mo

Org Bertam yg tak sign petition bantah lagi klik link ni—-> https://chng.it/KjQ9khXr
=======================================

CATATAN TOWNHALL PENANG TECHNOLOGY PARK (PTP), Rabu, 8 Jun 2022, 830 - 1145 mlm, Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam

Terdapat EMPAT isu utama yang makin berbelit dan menjadi misteri:

1️⃣ PTP Sebagai Taman Industri Hi-Tech; Adakah Satu Mitos?

????YB TKM1 dalam sidang DUN bahkan semasa townhall menyebutkan PTP adalah kawasan industri 'high-end', bukan 'biasa-biasa'.

????Namun, melihat kepada bilangan dan saiz plot industri di atas tanah 800 ekar itu, jelas bahawa PTP ini TIDAK BERCIRIKAN hi-tech.

????Plot industri yang paling hampir adalah dengan perumahan Eco Residence (100 meter). Oleh kerana itu, menurut perunding alam sekitar, hanya industri KECIL/RINGAN akan dibina di sekitar kerana mematuhi zon penampan 50 meters. Bagaimana pula dgn perumahan Mekarsari, Bertam Pinggiran dan Bertam Putra?

????Soalan apakah definasi 'hi-tech industry' juga tidak dijawab oleh YB TKM1. Namun, menurut perunding alam sekitar, industri yang tidak melepaskan efluen dan bahan pencemar walaupun industri kecil/ringan sudah dianggap 'hi-tech'.

????Penjelasan di atas amatlah janggal. Menurut carian mudah di internet, high tech bermaksud;

"High technology (high tech), also known as advanced technology (advanced tech) or exotechnology, is technology that is at the cutting edge: the highest form of technology available"

????Melihat antara senarai industri yang boleh dibenarkan untuk masuk ke PTP termasuklah industri tembakau, industri perabot, industri kain, industri makanan dll. Apakah itu cerminan industri hi-tech dan bukan industri seperti biotech, nanotech, robotic, hybrid / electric automotive tech, IR4.0 related tech dll?

????PTP juga bukan taman industri hi-tech kerana bakal menempatkan 27 ribu pekerja! Angka ini bukti jelas bahawa PTP BUKAN taman industri yang lengkap dengan teknologi tinggi dan automation canggih, tapi hanyalah low-tech industry yang bergantung kepada low-skilled labours.

????Malah, menurut Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja Asing di Negeri Pulau Pinang (MBSP, 2018) perkara 8.1b Perancangan Pertapakan menyebutkan;

'ASRAMA PEKERJA hanya dibenarkan di dalam zon perniagaan dan zon industri. Zon industri hanya dibenarkan kepada zon industri RINGAN dan SEDERHANA sahaja'.

????Maka, wajar PTP ini ditukarkan daripada Penang Technology Park menjadi Penang Tokua Park.

2️⃣ Teori Ekonomi Songsang

????Teori ekonomi yang lurus adalah apabila industri dibina di suatu kawasan, maka limpahan ekonomi daripada industri itu akan mencetuskan lagi kepesatan pembinaan rumah kediaman dan bangunan komersial.

????Kawasan industri jika dibina LEBIH AWAL, memang akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sehingga membangunkan kawasan tersebut dengan pesat lagi.

????Malangnya teori ekonomi ini telah dijaja secara songsang di Bertam, kononnya penduduk di sini akan mendapat manfaat kemajuan pembangunan dan pekerjaan yang banyak.

????Walhal kawasan Bertam ini telah sedia pesat membangun dan didiami dengan padat walaupun TANPA industri besar.

????Janji manis peluang pekerjaan untuk penduduk Bertam amat tidak relevan kerana kadar pengangguran di Bertam lebih rendah berbanding 3% yang dicatatkan purata negeri.

????Penduduk Bertam mendiami kawasan ini bukan kerana ada industri hebat tetapi ia adalah bandar kediaman yang tenang, selesa dan selamat.

????Oleh kerana itu, mereka tidak membeli rumah di Prai, Juru, Bukit Minyak, Batu Kawan ataupun Bayan Lepas yang lebih maju dan banyak industri.

????Aspek kesesakan jalanraya juga diakui oleh perunding bahawa ia akan menjadi isu besar, kesan daripada skala besar industri di PTP ini.

????Pelebaran jalan akan melibatkan pengambilan tanah untuk jalan yang merentasi Kg Paya Keladi, Kg Lahar Tiang, Kg Permatang Langsat, Kg Permatang Tinggi dll pasti akan melenyapkan kampung² tradisi ini.

3️⃣ Misteri Isu Asrama Pekerja

????Tiada jawapan kepada soalan kenapa perlu asrama untuk 27 ribu pekerja (bukan 17 ribu) jika PTP ialah high-tech industrial zone?

????Kata perunding pemaju, hanya 4 ribu pekerja asing sahaja akan ditempatkan di PTP dan baki 23 ribu adalah pekerja tempatan (tempatan itu dirujuk oleh panelis sebagai orang Bertam, bukan orang Malaysia ya). Namun, tiada jaminan angka 4 ribu pekerja asing itu akan kekal.

????Soalnya, adakah baki 23 ribu pekerja tempatan ini pasti akan tinggal di asrama dengan kos RM 300 per orang per bulan untuk bilik (kongsi 4 orang) atau dorm (kongsi 18 orang)?

????Juga, tiada jawapan kepada soalan adakah asrama untuk 27 ribu orang ini hanya untuk PTP atau ia juga akan membekalkan pekerja ke kawasan industri lain seperti Prai dan Batu Kawan?

????Jika ya, maka pasti trafik bertambah sesak dengan bas  pekerja selain kenderaan industri i.e. lori kontena.

4️⃣ Hipokrasi Menerima Bantahan Penduduk

????Keratan akhbar Malay Mail 12 Ogos 2020 bertajuk 'Juru Foreign Worker Housing Project Cancelled' menyebutkan kenyataan Ketua Menteri yang berbunyi;

"A foreign worker housing project in Juru has been cancelled due to STRONG OBJECTIONS by RESIDENTS in the area, said Penang Chief Minister Chow Kon Yeow"

????Keratan akhbar Sinar Harian 2 Jun 2022 bertajuk 'Pulau Pinang Tetap Teruskan Asrama Pekerja Asing' menyebutkan kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Jagdeep Singh Deo  yang berbunyi;

"Kebanyakan projek ini terletak di daerah Seberang Perai Tengah dan kerajaan negeri tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk di sana kerana mereka tahu kepentingan projek ini, malah mereka minta dipercepatkan.”

Nota: Juru adalah di Seberang Perai Tengah.

????Memandangkan kedua² kenyataan di atas bercanggah, siapakah yang telah menipu kepada rakyat Pulau Pinang?

????Petisyen atas talian bertajuk 'Penduduk Bertam Membantah Taman Perindustrian & Asrama Pekerja' telah mendapat 6,464 sokongan mewakili 26,502 penduduk. Angka ini jauh lebih ramai daripada beberapa ratus org responden dalam Social Impact Assessment (SIA) untuk projek PTP.

????Soalan adakah suara penduduk Bertam ini sama nilai dengan suara penduduk Juru dalam membantah asrama pekerja asing tidak dijawab oleh TKM1 mahupun panelis lain.

????Amat wajar bantahan kami diberikan layanan adil seperti penduduk Juru yang berjaya di sana. Malah, kembalikan semula rakaman video live yang telah dipadamkan daripada Page FB MBSP sebagai BUKTI suara bantahan kami.

'Pertahankan Bertam Sebagai Bandar Ilmu dan Kediaman'

Dr Azrul Zabidi
SU JK Bertindak

9 Jun 2022
Bertam Eco Residence
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 01:33 PM | Show all posts
kita skru merayu
mcm ni lah
pendatang asing xefek kita pun
kita duk dlm komuniti exclusive
mereka bukak bisness malam ini kita punya sales representative datang mai melawat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:54 PM | Show all posts
Mana yang duduk Bertam tak bising rumah kawasan tu dah cantik2 mana mahunya berjiran dengan kilang jatuh standard ler kata mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:39 PM | Show all posts
wonder kalo pekerja2 asing ni berjiran ngan owner rumah mcm kuil di seremban tu. mesti meriah kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 9-6-2022 01:54 PM
Mana yang duduk Bertam tak bising rumah kawasan tu dah cantik2 mana mahunya berjiran dengan kilang j ...

Org fikir keselamatan dan ketenteraman melebihi standard.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:50 PM | Show all posts
midori_katana replied at 9-6-2022 04:47 PM
Org fikir keselamatan dan ketenteraman melebihi standard.

Bab keselamatan dimana2 pun sama ada kilang ke tak ada kilang jenayah boleh berlaku dimana2 tampa perlu ada kilang dan asrama pekerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 05:00 PM | Show all posts
Cer melayu pindah area cina tengok asrama pekerja asing ni ikut tak


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah org melayu jugak duk laungkan
"bumi Allah tu luas" haaa apa salahnya berjiran dgn warga asing tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kandang babi dibuat dibuat di kawasan melayu walaupun melayu tak makan babi, tak bisnes babi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.800996 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list