Kesemua penumpang sebuah bas persiaran di Indonesia disaman selepas tiada seorang pun daripada mereka mengaku bertanggungjawab membuang najis keluar dari kenderaan itu, lapor laman berita Suara, semalam.
Tangkap layar video menunjukkan seorang anggota polis bertanya kepada penumpang mengenai pemilik najis yang dibuang keluar dari bas. - Instagram
Menerusi paparan video yang dimuat naik di Instagram, seorang anggota polis dilihat bertanya kepada penumpang bas mengenai najis yang dikesan ‘tercicir’ dari bas tersebut ketika berhenti mengisi minyak.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menyebabkan semua penumpang didenda oleh pihak berkuasa.
Kemas kini itu menjadi tular di media sosial Indonesia dan menerima pelbagai komen yang menggelikan hati.
Sumber: Kosmo |