Nama penyanyi Zamani adalah nama yang cukup besar di era 90-an. Namun, dugaan menimpa dirinya apabila keadaan fizikal Zamani yang semakin ‘bengkok’ kerana penyakit skoliosis yang telah memberi kesan terhadap tulang belakangnya.
Terkini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara terhadap keadaan yang menimpa pelantun Syair Si Pari-Pari itu.
IG Pak Nil
Menerusi hantaran di Instagram, Aznil dilihat memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita yang dirakam pada 6 bulan lalu ketika program Karaoke Superstar dan menyatakan badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.
"Rakaman ini enam bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang. Cepat Betul perubahannya. Paknil dan team #karokesuperstar mendoa kan agar @zamanislam_official segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin"
Akui berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan Zamani, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan doa agar Zamani Slam segera diberi kesembuhan.
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menitipkan doa buat Zamani Slam agar cepat sembuh. Malah, terdapat netizen yang mendedahkan bahawa tubuh badan Zamani kini semakin ‘bengkok’ dengan teruk.
Sumber: Murai
|