Semalam, media tempatan melaporan Fify Azmi membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya selepas mendakwa dia ditipu oleh seorang wanita yang juga pembantu peribadinya yang telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap.
Pembantu peribadi (PA) kepada aktres Fify Azmi dikenali sebagai Nora tampil mengakui kesilapan yang bersikap cuai. Katanya, dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran pelakon itu menerusi akaun bank miliknya.
Menafikan dakwaan tersebut, Nora menjelaskan bayaran berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya kerana aktres berkenaan tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.
"Saya tak pernah lari... Saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.
"Saya akui memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke akaun saya. Ikutkan, semua bayaran job, masuk akaun Fify. Cuma kali ini masuk akaun saya sebab membabitkan invois.
"Fify tak tahu nak buat invois. Jadi saya buatkan untuk dia guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya. Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula tak check akaun," katanya kepada mStar dalam satu temubual.
Dalam pada itu, Nora turut mengakui mungkin dia sudah menggunakan duit bayaran tersebut kerana tidak menyedari ia adalah bayaran produksi untuk Fify.
Dia terkejut dengan tindakan Fify yang memuat naik laporan polis dan fotonya di laman sosial memandangkan mereka sudah pun berbincang mengenai pembayaran semula wang berkenaan sebanyak RM12,000 atas persetujuan bersama.
Sumber mStar
"Saya mengakui mungkin sudah terpakai duit bayaran tersebut sebab tak perasan. Tapi saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.
"Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Sya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung adalah pada tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.
"Tak sangka pula tiba-tiba semalam dia tularkan saya di laman sosial. Tidak mungkinlah saya larikan diri. Saya pun cari rezeki dalam industri. Kalau saya selalu buat perangai, artis lain pun tak nak ambil saya bekerja tetapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis," katanya. -CARI
|