CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 2

Anak Alami Speech Delay, Tasha Manshahar Kurangkan Penggunaan Gajet

[Copy link]
Post time 8-6-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Berkongsi perkembangan anak, penyanyi Tasha Manshahar berkata putera sulungnya Muammar Rafiqi pernah mengalami masalah percakapan ‘speech delay’ ketika diusia setahun enam bulan.


Mengakui bimbang dengan perkara itu, Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, berkata anak lelakinya itu tidak boleh menyebut perkataan bermakna seperti mama dan susu.


Foto: IG




"Ada ketika, saya sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap.


"ernah masa pergi check up setahun enam bulan, doktor tanya perkataan apa saja dia dah sebut. Saya kata, tak ada. Sebab memang tak ada. Dia buat bunyi, tapi tak ada perkataan bermakna.


"Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut ‘mama’ dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna.


"Contoh lain, susu. Contoh dia sebut ‘shu’ walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan ’shu’ tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna", katanya.




  



Berkongsi lebih lanjut menurut Tasha, dia pernah pertimbangkan nasihat doktor untuk membawa anaknya itu bertemu dengan pakar terapi.


"Secara umum, setahun enam bulan anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung tak ada masa tu. Lagi pula doktor tanya kalau kami nak dia buatkan surat rujukan ahli terapi.


"Sebagai ibu kali pertama, tipulah kalau tak risau. Tp at the same time, tak adil untuk Muammar kalau saya in denial. For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia," ujarnya.




  



Bagaimanapun selepas berbincang dengan suaminya yang juga penyanyi Raqib Majib, mereka mengambil keputusan untuk melihat keadaan Muammar sehingga mencecah dua tahun.


Mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan gajet dan lebihkan berkomunikasi, penyanyi berusia 29 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya akhirnya boleh menyebut dan menggabungkan beberapa perkataan.




  



"Jadi saya berbincang dengan Raqib, kemudian kami ambil keputusan untuk bagi masa sampai dia dua tahun. Jadi daIam tempoh ni kami kurangkan gajet and banyakkan komunikasi dengan dia.


"Alhamdulillah, masa umur dua tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kami sambung lagi usaha dan seingat saya masa dia nak masuk dua tahun enam bulan, dia dah boleh gabung dua hingga tiga perkataan.


"Lambat sikit kan? Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk tiga tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak.




  



"Seronok sangat Ahamdulillah. Apa yang buat saya ingin kongsi sebab semalam saya belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap, ‘asheh mami beyi naget’ (terima kasih mami beli nugget)," katanya.


Sekadar info, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi yang kini berusia tujuh bulan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tasha ni orang jawa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 01:39 PM | Show all posts
tasha pun pernah berniqob kan...lebih trend dari lopak..tapi dah bukak niqab pun skang keja gomen mana leh niqobi waktu kije...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list