View: 1053|Reply: 3
|
Jenazah Bayi Ditahan Sebab Ibu Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri tidak dapat mengebumikan jenazah bayi mereka kerana tidak mampu membayar bil perubatan hospital berjumlah 2.3 juta rupiah (RM697).
Ilham, 21, dan isterinya, Santi Marlina, 19, reda dengan pemergian anak mereka, namun terkilan kerana tidak dapat mengebumikan anak mereka dengan segera.
Terdahulu, pasangan suami isteri itu membawa anak mereka yang sakit menjalani rawatan di Hospital Umum Muhammad Sani Karimun di Indragiri Hilir, Riau.
Gambar hiasan
Selepas dua hari menerima rawatan, bayi itu meninggal dunia dan kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan bil rawatan, maka jenazahnya ditahan sehingga bil diselesaikan.
Lebih menyukarkan, pasangan suami isteri itu tidak mempunyai surat yang membuktikan mereka adalah golongan asnaf yang membolehkan bil rawatan diselesaikan oleh kerajaan.
“Jenazah bayi kami ditahan pihak hospital sehingga kami membayar bil rawatan.
“Namun, kesedihan kami sedikit terubat apabila Ketua Polis Karimun, Tony Pantano membantu kami menjelaskan bil tersebut.
“Alhamdulillah, kami dapat mengebumikan jenazah anak kami dan terima kasih diucapkan kepada Tony dan pihak lain yang membantu kami,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Kredit foto: TribunNews
Pasangan suami isteri itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan hospital yang menahan jenazah anak mereka.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ada insan baik hati nak membantu mereka jutaan terima kasih buat beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Xboleh nk slhkn pihak hospital. Gaji staff semua perlu dibayar jgk |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih tony pantano. semoga polis2 malaysia mencontohi keprihatinan tony pantano |
|
|
|
|
|
|
| |
|