View: 2477|Reply: 26
|
[Tempatan]
Saya rasa seperti diperbudak-budakkan oleh pemimpin, kata Prof Mohammad Agus Yusoff
[Copy link]
|
|
‘Saya rasa seperti diperbudak-budakkan oleh pemimpin’
https://www.malaysiakini.com/news/623317
Diterbitkan: Jun 2, 2022 1:15 PM⋅
Dikemaskini: 1:17 PM
Seorang ahli akademik dan pengamat politik menyatakan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi negara dan berpendapat bahawa kerajaan semakin hilang arah dalam membawa negara kembali ke landasan yang betul.
Prof Mohammad Agus Yusoff berkata kerajaan hari ini perlu bangun dengan polisi tegas dan jelas.
"Hendak betul macam mana jika pemimpin sibuk berpolitik, sibuk dengan tarikh pilihan raya, dan sibuk dengan saling menyalahkan pihak lain,” katanya.
Dia berkata belum nampak dasar jelas untuk menyelesaikan krisis makanan, pekerjaan, nilai ringgit yang merudum, dan kenaikan kos sara hidup.
“Yang saya nampak ialah kenyataan secebis-cebis sahaja dari pemimpin yang tidak konsisten pun antara satu sama lain," katanya dalam tulisan di Facebook.
Tambahnya, kerajaan perlu tumpu kepada dasar untuk untuk selesaikan masalah asas kehidupan rakyat.
Malaysia sedang mengalami gangguan pengeluaran, stok dan logistik era Covid-19.
Ini ditambah teruk oleh perang di Ukraine telah melonjakkan kadar inflasi dunia ke antara paras tertinggi sejak 40 tahun lalu.
Agus bagaimanapun berkata di sebalik mencari penyelesaian, kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan “menyakitkan”.
"Kadang-kadang saya rasa seperti diperbudakkan, jikapun tidak diperbodohkan oleh kenyataan pemimpin.
“Misalnya, hendak menyelesaikan masalah harga ayam dan masalah rungutan rakyat yang lain, saya lihat kenyataan dan cadangan pemimpin seperti jenaka sahaja.
“Malangnya jenaka mereka tidak nakal, tetapi menyakitkan,” katanya.
Dia mempersoalkan penjelasan kerajaan bahawa ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan.
Sedangkan, katanya, Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2%, nilai ringgit menyusut sehingga RM4.38 berbanding dolar Amerika Syarikat, pengaliran keluar pelabur asing dan harga barangan dijangka meningkat sehingga 60%.
"Dari mana kukuh dan mampannya itu? Ini yang saya tidak nampak.
“Yang saya nampak ialah kerajaan hilang arah, beberapa menteri yang memegang portfolio strategik tidak kompeten, rakyat semakin tertekan, dan negara menghadapi masalah yang bertali arus," katanya.
Katanya, dia bimbang Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka.
“Saya tidak dapat membayangkan jika negara kita diambang muflis, kadar inflasi mencecah paras tertinggi, dan krisis makanan semakin memburuk. Semoganya ini tidak berlaku di ngara kita,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kan prof. Bagi cadangan bodo2 tak praktikal ternak ayam kamben lombu untuk kegunaan sundri la, hapa la. Pft. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb punaisihat rentua abah mail tak lain tak bukan menatu pesen designer bodo bodo tu, sekolah pun kat SMK Wangsa Maju Seksyen 2 jewwww.. tak dapat masuk oxford punnnnn
skang ni lalu lalang fesbuk gigih nak mengajo org berbisni plak ke apa tahk naik juling bijik mata meols neh nengok muka heols
ada yg komen suh heols guna mask kodi heols tu, at least takde ruper perampok
sejak dua menjak ni heols sana sini rancakkk berdosahhh |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-6-2022 08:35 PM
Kan prof. Bagi cadangan bodo2 tak praktikal ternak ayam kamben lombu untuk kegunaan sundri la, hapa ...
Dia ingt org kerja pejabat sempat nk tabur dedak sblm pergi keje?kadang pagi mkn Pon xsmpt apetah lg nk tabur dedak bg aym itik mkn..xpon potong rumput Kasi lembu kambing kunyah |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 2-6-2022 08:45 PM
sbb punaisihat rentua abah mail tak lain tak bukan menatu pesen designer bodo bodo tu, sekolah pun k ...
Laaaa jovian tu sek sni ke..mati2 ingt kt yindon sana..btw menteri ni nasihatkn rakyat pandai..cer Suh dia duk kt sawah padi or reban ayam sebulan tgk mampu xmampu buat ape yg dia ckp?silap hb dh xrupa menteri da..ghupe Myanmar mari |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Mail busy ler nak pegi majlis perasmian. Mana dia nak dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 2-6-2022 11:14 PM
meols skodeng fesbuk heols. letak kat profile
keturunan yindon kewww? mujur lahir sini ic biru.. ...
Junior kaka kat uni bff si Nina..so masa Nina nk kawen dlu dia laki bini jadi bridesmaids depe..siap smpi ke indon sana la bt reception..
Sbb tu kaka tau jovian ni sama level caprut mcm si tia bini serap gundu |
|
|
|
|
|
|
|
Org ckp politaik ni sama dgn pelakon, dia blh buat apa2 watak..... |
|
|
|
|
|
|
|
euwwww berkerakkk nyaaa ummah yindon jongggooosssss
harkkk-thuih
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 2-6-2022 06:45 PM
sbb punaisihat rentua abah mail tak lain tak bukan menatu pesen designer bodo bodo tu, sekolah pun k ...
Apa nak bangga dengan oxford kalau sekadar menjadi agen jurujual beksin..punahsihat clubing?? |
|
|
|
|
|
|
|
ala ko ni... play along saja la... modal nak hencap si pesen designer acah2 bisman skang ni
takkan la tataw ada 2 team.. kena la laga2 mcm deme laga2kan rekyattttt
smua tu 2x 5..5 x oik oik oik jah,, baik tokeh mask kodi atau budak oxford mali
|
|
|
|
|
|
|
|
Level2 menteri pun setakat jadi jurucakap kementerian ..baca statement is.. sendiri pun Tak faham dasar apa lagi nak suruh atur strategi. Letak lah jawatan ,lama2 terserlah kurang bijak tu |
|
|
|
|
|
|
|
minggu dpn aku mesyuarat dgn Prof Agus ni. nnti nak minta dia ulas artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah prof agus, rakyat marhaen biasa biasa pun dapat rasa..
nak PRU ni berebut rebut la nak bagi kenyataan bodoh, lagi bodoh lagi cerah peluang nama tercalun , tak begitu ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu lagi
Bodoh lagi membodohkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai rakyat marhein tahu mereka diperbodoh2kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kita suka diperbodohkan tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|