Setelah sekian lama mengharungi sesi perbicaraan, akhirnya kemenangan berpihak kepada bintang Hollywood, Johnny Depp.
Ia berikutan juri mendapat kenyataan Amber Heard mengenai perkahwinannya adalah ‘palsu’ dan didakwa berniat jahat.
Setelah mengetahui dirinya kalah, wajah Amber sepanjang perbicaraan diperdengarkan semalam mencuri perhatian ramai kerana ekspresi mukanya yang 'seakan-akan tidak menerima kekalahan itu.
Dalam masa sama, satu video memaparkan dirinya keluar dari mahkamah turut tular.
Tidak dapat menerima keputusan mahkamah, Amber membuat satu ciapan di Twitter meluahkan rasa kecewa biarpun bukti dirinya bersalah sememang banyak.
Sementara itu, Johnny pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak juri kerana 'mengembalikan' kehidupannya yang dahulu.
Kredit foto: AS USA
Tambahannya, pelakon popular itu berharap kejayaannya memenangi kes ini dapat membantu banyak pihak.
Sekadar info, kerana kontroversi melanda rumah tangga Johnny Depp membuatkan banyak peluang lakonannya serta penajaan produk ditarik.
Post time 2-6-2022 03:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh kot aiol ucap syukur heols terbukti tak bersalah.
Nak wat camner minat sgt dgn heols walau ghope sekarang buruk bebenau. Lg ensem watak Jack Sparrow yg watak heoks yg pakai tah hapa2 tu dr tuan badan sendirik