View: 22137|Reply: 169
|
Misteri Kehilangan Lelaki Dan Perempuan Usia 19 Tahun Di Kuala Selangor, Ditemukan Mati Dalam MPV Di Cheras
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Misteri kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor, 25 Mei lalu terbongkar dengan penemuan mayat mereka di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di parkir sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi orang awam yang menemukan mayat dalam MPV Toyota Alphard, 8.26 malam.
 Foto: Harian Metro
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
"Hasil siasatan di lokasi menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang MPV berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhammad Idzam berkata, pihaknya dimaklumkan ada laporan polis dibuat mengenai kehilangan kedua-dua individu berkenaan oleh ibu bapa mereka di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu.
" emeriksaan pada badan kedua-dua mayat itu serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
"Kedua-dua mayat terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kena culik ke?pasangan kekasih? banyak tak clear ni |
|
|
|
|
|
|
|
Driver nya mana? Tak mungkin terhidu gas, sebab tak mention pun enjin kereta hidup. Atau suicide? |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh diri ke atau terhidu kebocoran karbon? Something fishy |
|
|
|
|
|
|
|
Bau ikan sangat pasti ada orang lain terlibat memandangkan kedudukanya sorang didepan dan seorang lagi dibahagian belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kisah cinta terhalang. Romeo and Juliet. |
|
|
|
|
|
|
|
Spekuan ku: Tak dpt balik terus rumah drod KL tgh mlm, tidur dlm kereta tutup engin dan tingkap..terus tertidur forever. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian famili trauma bila dapat berita gini. Takziah pada famili |
|
|
|
|
|
|
|
uish bunuh diri ka?
muda lagi masing2 ha
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 1-6-2022 07:03 PM
Seram tuan punya kereta sebelah menyebelah bila tau. Cermin gelap sgt ke sampai orang tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish adik I selalu buat gini, tido dalam kete semalaman kat RnR. |
|
|
|
|
|
|
|
Kete alphard ni milik siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya dh 4-5 hari mninggal baru org perasan ke? Scaryyynyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa punya kereta?
Kalau parking dlm kondo mesti kena register kat guard kalau visitor car |
|
|
|
|
|
|
| |
|