CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 11

Bunuh Kawan Sebab Degil Tak Nak Berhenti Menyanyi

[Copy link]
Post time 1-6-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode
KENDARI: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membunuh rakannya dalam satu kejadian, di sini Kendari, Sulawesi Tenggara.


Lapor Kompas.com, suspek yang hanya dikenali sebagai LS, berusia 33 tahun disyaki membunuh mangsa, Herlina Konstan larangka, 39, kerana wanita itu didakwa enggan berhenti menyanyi.


Jurucakap polis Kendari, Fitrayadi berkata, suspek bersama dua lagi rakannya mulanya beristirehat di rumah sewanya di Kadia sebelum mereka dihubungi mangsa.


Foto: Kompas.com




Mangsa menghubungi seorang daripada rakan suspek memberitahu dia mahu datang ke rumah tersebut untuk bersantai bersama.


“Tidak lama kemudian, mangsa tiba di rumah suspek dan mula membuka YouTube menerusi telefon bimbit dan menyanyi.


“Perbuatan mangsa ditegur suspek kerana masa tersebut tidak sesuai untuk menyanyi memandangkan sudah hampir waktu subuh, selain bimbang mengganggu jiran-jirannya.


“Suspek turut mengancam mangsa untuk menikamnya jika terus berdegil dan seperti yang dijangka, mangsa tidak mengendahkan amaran itu dan terus menyanyi sekuat hatinya,” kata Fitrayadi.


Jelas pegawai polis tersebut, suspek yang berang dengan tindakan mangsa terus berlari ke dapur dan keluar dengan sebilah pisau lalu menikam mangsa pada bahagian pinggangnya.


“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh dua lagi rakan mereka.


“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital akibat luka parah yang dialaminya,” ujarnya.


Fitrayadi memberitahu, polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 02:18 PM | Show all posts
benda simple... sampai berbunuh2an ya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 04:48 PM | Show all posts
Bahaya betul disana silap sikit je sampai berbunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:05 PM | Show all posts
haha aku pon kenkadang stress sebab member aku yg pompuan sebelah ni suka nyanyi..kita stress kat sebelah ni die nyanyi senang hati
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:45 PM | Show all posts
suara member tu mcm nabila razali ke smpi sanggup membunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin suara tu persis suara Giant dlm citer doremon. sampai sanggup pi tikam mangsa mcm tu sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulisi pun tak beragak time bergambar...ko ingat ni promo pilem ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:23 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-6-2022 08:48 AM
Bahaya betul disana silap sikit je sampai berbunuhan

best giler org sana perempuan selamba lawat rakan lelaki dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 07:45 AM | Show all posts
masa jamuan raya ofis aku, ada 2 pnsyarah baru yg mggila nyanyi atas pentas. bersambung2 mcm2 lagu diorg bantai nyanyi. mujur tak jadi kes berbunuhan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka x reti bahasa. Dah la dtg umah jantan patu subuh2 tu nak bgtahu dia ada kt umah jantan. Mendapat la...degil x reti bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:48 AM | Show all posts




Kucing pun x suka..bukan org je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:47 AM | Show all posts
nape diorang macam amek gambar dengan artis

teringat waktu study dulu pernah experience roomate makan keropok ikan keping tu tengah malam

dia budak repeat, ada satu kelas je seminggu

bising giler wei bunyi dia makan (kira lebih kurang orang nyanyi lar, tapi ni bunyi makan)

aku geram, aku senyap-senyap rosakkan IP internet dia, sebab dia makan tu sambil tengok movie

sampai dia terpaksa pergi kat fakulti lar nak guna internet , pastu kalau dia repair, tiap kali dia tinggalkan laptop mesti aku rosakkan balik

last-last memang dia dok fakulti je, sebab dia ingat internet kat bilik rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052047 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list