CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 0

3 Ditembak Kerana Kritik, Tampar Seorang Lelaki

[Copy link]
Post time 1-6-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dilaporkan menembak tiga lelaki lain di daerah Ban Bueng, wilayah Chon Buri Thailand pada Sabtu lalu menyebabkan dua daripada mereka maut, manakala seorang lagi cedera, lapor laman berita Thaiger kelmarin.


Penyerang dikenali sebagai Supakorn, 38, sedang minum bir seorang diri di luar sebuah kedai serbaneka apabila sekumpulan lelaki di meja berhampiran mengkritik keperibadiannya.




Kredit foto: Thaiger




Ketika kejadian, salah seorang daripada lelaki tersebut dikatakan menampar Supakorn sehingga menyebabkan dia tertekan dan bertindak mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan.


Supakorn menembak mati mangsa dikenali sebagai Niphon, 56, sebelum mencederakan Udon yang berusia 50 tahun. Dia seterusnya menembak mati Wichan, 55, yang cuba merampas pistol daripadanya.


Supakorn kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal menuju ke rumah bapa mentuanya.


Polis menemuinya di halaman belakang rumah sambil mengacukan pistol ke arah kepalanya sendiri. Mereka terpaksa memujuknya selama lima jam untuk menyerahkan senjata.


Mereka seterusnya menahan Supakorn dan membawanya ke balai polis Ban Bueng untuk disoal siasat.


Dia kemudian didakwa atas cubaan membunuh, membawa senjata api tanpa alasan munasabah dan menembak senjata api di khalayak ramai.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list