CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 1

Polis Akan Buat Beberapa Tangkapan Lagi Kes Tarian Separuh Bogel Wanita Berloceng

[Copy link]
Post time 1-6-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan berhubung insiden sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel dan membakar bunga api pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City di Shah Alam Jumaat lalu.


Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata semalam pihaknya menahan individu terbabit termasuk penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'








"Beliau dilepaskan dengan jaminan polis hari ini. Bagaimanapun, polis sedang mengumpul segala keterangan dan tangkapan berperingkat akan dilakukan kerana ada antara penari terbabit merupakan mereka yang datang dari luar kawasan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPD Serdang di sini malam tadi.


Beliau berkata, kertas siasatan akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja semua siasatan dan rakaman percakapan saksi serta suspek selesai untuk tindakan selanjutnya.


Sabtu lalu, polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.


Aktiviti diiringi muzik kuat itu dilakukan di kawasan awam berhampiran rumah penduduk dan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit pada harga RM4,000 bagi menganjurkan majlis tersebut dengan menjemput kira-kira 50 orang.





Video: Twitter



Arjunaidi juga berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942 736.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 12:26 PM | Show all posts
bontot filler huduh nau
mcm ada ketumbuhan plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.102419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list