CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 3

Gayatri Upah 5 Lelaki Rogol Kekasih Gelap Suami

[Copy link]
Post time 1-6-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Wanita ditahan polis India kerana mengupah lima lelaki untuk memperkosa seorang wanita yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Tertuduh yang dinamakan polis sebagai Gayatri itu mengesyaki suaminya, Srikanth menjalinkan hubungan intim dengan mangsa.


Mangsa dilaporkan tinggal di rumah pasangan itu di Sriramnagar, Kondapur, dalam negeri Hyderabad kerana dia tidak sihat. Selepas beberapa bulan, tertuduh yakin bahawa suaminya dan tetamu mereka adalah pasangan kekasih.


Dalam cubaan untuk membalas dendam, Gayatri memaksa lima pekerjanya untuk terlibat dalam serangan seksual yang kejam terhadap wanita itu.




Gambar hiasan




Sumber polis berkata, Gayatri menarik mangsa ke dalam bilik di mana lima perogol itu menunggu.


Polis berkata, wanita itu merakam seluruh kejadian dan mengugut mangsa untuk menyebarkan klip video tersebut di internet jika dia cuba membuat aduan kepada pihak berkuasa.


Mangsa dilaporkan cedera parah dalam serangan itu dan dibawa keluarganya ke sebuah hospital swasta sebelum membuat laporan polis di Gachibowli.


Polis menahan Gayatri bersama lima suspek perogol yang terlibat iaitu Ulsala Manoj Kumar (22), Syed Masthan (25), Sheikh Mujahid (25), Sheikh Moula Ali (32) dan Pridhvi Vishnu Vardhan (22).


Seorang pegawai kanan polis berkata, pihaknya membuat keputusan untuk mendedahkan butiran kes itu kepada umum kerana terlalu banyak soalan yang ditanya mengenai kejadian tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tu partner sheol ja. Bukan laki pun. Anyway, kenapa tak dirogol jantan tu sekali?

https://english.sakshi.com/news/ ... assault-case-155872
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:31 AM | Show all posts
Polis menahan Gayatri bersama lima suspek perogol yang terlibat iaitu Ulsala Manoj Kumar (22), Syed Masthan (25), Sheikh Mujahid (25), Sheikh Moula Ali (32) dan Pridhvi Vishnu Vardhan (22).



hindu & muslim bergabung merogol mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:40 PM | Show all posts
cemburu buta tak pasal2 jd mangsa rogol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.161357 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list