CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1032|Reply: 6

Laman Janji Temu Untuk Doktor Menggalakkan Kasta?

[Copy link]
Post time 1-6-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Hanya menerima klien dalam kalangan doktor. Itu tawaran diberikan laman janji temu, Medico Life Partner, hingga tindakan mereka itu mencetuskan kontroversi.


Ramai mendakwa pengendali laman itu menggalakkan kasta dengan membezakan kelas pekerjaan pelanggan.


Medico Life Partner merupakan perkhidmatan mencari jodoh dalam talian bertujuan membantu golongan doktor mencari teman hidup berkualiti tinggi serta mempunyai kerjaya sama.








Laman web itu mendakwa, doktor dari pelbagai agama, kasta dan geografi boleh mendaftar, namun nampaknya ia sangat popular di India.


Laman itu menawarkan pelbagai pilihan pendaftaran daripada pelan percuma yang tidak membolehkan kita melihat pengguna lain, maklumat untuk dihubungi atau tidak boleh menghantar mesej.


Atau jika ingin mudah mendapat akses kemudahan laman itu, klien boleh memilih pelan berbayar pada caj antara 3,825 rupee (RM215.57) kepada 18,900 rupee (RM1,065.15).


"erkahwinan adalah keputusan terbesar dalam hidup seseorang dan untuk keluarga.


"Memilih pasangan hidup dan mencari cinta idaman kamu melalui proses difikirkan baik dan logik adalah sangat disyorkan.


"enyelesaian ada di internet walaupun masih ramai tidak dapat memberikan pilihan memuaskan terutama kepada individu berpendidikan, progresif dan keluarga dengan latar belakang baik," kenyataan Medico Life Partner dalam laman web seperti dipetik portal Oddity Central.


Berdasarkan seorang pengguna yang memberikan satu bintang kepada perkhidmatan itu, kebanyakan 21,000 akaun rakan kongsi Medico Life Partner adalah palsu dan ia masih belum disahkan.


Seorang lagi pengguna berkata, ada yang mengatakan doktor berkahwin dengan pasangan sama profesion sebenarnya adalah sangat mudah.


Individu lain pula berkata, mereka sedang menunggu platform janji temu dalam talian seumpama itu untuk kerjaya seperti peguam dan jurutera.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah konsep mencari pasangan sekufu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je.
Masing2 doc ni sng sket nk paham
Doc pn Kadang2 working hours xmenentu. So dpt pasangan doc maybe lebih memahami.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan tajuk, mula2 saya andaikan sebelum jumpa Dr kena buat appointment. Rupanya laman dating para doktor.

Ok apa. Senang sikit memahami tuntutan kerja masing2 kalau jadi kahwin. Sama2 terpelajar.

Drpd terjadi lepas kahwin, tengah buat operation, spouse call maki suruh balik rumah sekarang ke. Tak pasal patient yg naya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.doctor jumpa doc
Bukan org lain yg req nk doc sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya? Pilihan masing2. Elok la sekufu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nak mengkastakan pesakit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047309 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list