View: 556|Reply: 1
|
22 Tahun Bapa Keliling Negara Cari Ubat Sawan Anak, Nampak Jalan Berlubang Terus Turap Percuma
[Copy link]
|
|
BANJARMASIN: Seorang lelaki sanggup menghabiskan masa selama 22 tahun mengelilingi Indonesia bagi mencari ubat untuk merawat penyakit anaknya dan pada masa sama, membaiki jalan berlubang di pelbagai daerah.
Lapor Tribunnews, lelaki itu dikenali sebagai Masrani yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
Menjelang hujung bulan ini, Masrani ditemukan di Mahir Mahar Kota Palangkaraya di Kalimantan Tengah.
 Foto: Agensi
Ketika ditemukan, lelaki itu sibuk membaiki jalan berlubang sambil disaksikan oleh anak perempuannya yang menghidap penyakit sawan.
Anak perempuannya itu setia menemani Masrani ke mana sahaja dia pergi, manakala seorang lagi anaknya tinggal bersama isterinya.
Masrani memberitahu, dia mengelilingi Indonesia menggunakan basikal yang selama ini sudah membawa dia menjejaki 14 wilayah.
Kata Masrani, dia mahu mencari penawar yang paling berkesan untuk merawat penyakit sawan anaknya dan sepanjang perjalanan, jika menjumpai jalan berlubang, dia akan berhenti dan membaikinya.
“Saya beranggapan lebih baik baiki jalan berlubang itu daripada membiarkan kemalangan berlaku. saya berharap saya peroleh pahala dan saya juga tidak meminta sebarang bayaran untuk kerja ini.
“Niat saya cuma satu, iaitu mencari penawar untuk mengubati penyakit sawan anak saya,” katanya.
Masrani turut menceritakan, ramai pihak menganggapnya bodoh dan gila kerana menghabiskan masa sehingga sanggup keliling Indonesia.
Namun, dia enggan mengendahkan tanggapan itu dan terus melakukan apa yang diingininya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 31-5-2022 10:08 PM
Ehh mcm pelik. Apple and orange kot. Nak cari penawar sawan anaknya. Tapi nmpk jalan berlubang, turap dulu 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|