View: 5891|Reply: 61
|
Da'i Syed angkat KETIAK! bebas tuduhan jenayah seksual
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 31-5-2022 02:12 PM

Syed Iqmal (kanan) dan peguamnya keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah seksual.
Syed Iqmal lepas, bebas 2 pertuduhan jenayah seksual
PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta dilepas dan dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk Syed Shah Iqmal, 27, dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.
“Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela, kes ini di DNAA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” kata Hakim itu.
Terdahulu pendakwaaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (2).
“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)”, kata Norhashimah.
Menurut Norhashimah perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan tidak perlu rasa terbeban malah sebelum ini dilepas dengan ikat jamin.
Sementara peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, alasan bahawa pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah.
Menurutnya, wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.
“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.
Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNAA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah seks. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... an-jenayah-seksual/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku masuk thread sebab nak tahu whoryus syed Iqmal tu? Rupenyehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm..so kes ebit pon ending die cmni gak la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengarkan kan la... Disepanjang malam aku berdoa.... |
|
|
|
|
|
|
|
skgn ni BETUL KE FITNAH ni????  |
|
|
|
|
|
|
|
Da'i Syed bebas tuduhan jenayah seksual

DA'I Syed (kanan) bersama peguamnya selepas Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskannya daripada tuduhan jenayah seksual. FOTO Eizairi Shamsudin.
Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.
"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
sUMBER:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... han-jenayah-seksual
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak pompuan tu tarik kes kan? Kena ugut ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawablah di sana nanti.....di negara abadi |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn pmuja tsyum sinis
Pmuja pula tsyum kgirangn.
Moga ap sj kbnaran akn terbukahijbnya |
|
|
|
|
|
|
|
Speechless...semuga mangsa2 kuat semangat menghadapi hari2 yang mendatang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan nanti mangsa tu update kat tiktok itu ini. Kosser lah orang nak melayan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu
Ada loyar & fulusss semua jadiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh baca komen2 kat IG je chuolls, banyak gila yg side si jantan ni. Siap kata fitnohhh & salahkan mangsa menfitnohhh heolls. Gila betul
|
|
|
|
|
|
|
|
brtul ke??? ni adehhh kompius aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Off course la fitnah. Dia kan hensem mcm nabi yusuf. Bukan i kata. Penetiķ yg kata |
|
|
|
|
|
|
|
DNAA=discharge not amount acquittal la reput oiii
Sukati tukar jd lepas Dan bebas...
Org nk bukak benang ko nk bukak benang tp satu hapak xfhm |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup bukti, cuma ada accusation.lain la kalau ada bukti dna. mahkahmah rela melepaskan 100 orang jahat daripada menghukum 1 orang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la konfius gak baca td
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
maxim replied at 31-5-2022 05:05 PM
tu la konfius gak baca td
Terdahulu pendakwaaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas TANPA dibebaskan mengikut Seksyen 254 (2).
TT TULIS BEBAS TUDUHAN..
kan ke jauh menyimpang tajuk dgn berita sebenar..belum akhir zaman dh macam2  |
|
|
|
|
|
|
| |
|