View: 1084|Reply: 11
|
Kecelaruan Identiti- Lelaki Miliki 10 Personaliti, Tak Boleh Keluar Rumah
[Copy link]
|
|
MUNICH, Jerman – Seorang lelaki yang memiliki 10 identiti berbeza akibat masalah psikiatri tidak dapat belajar, bersosial, bekerja atau keluar rumah seperti manusia normal lain, lapor akhbar Mirror UK.
Leonard Stockl berkata, dia memiliki 10 personaliti dengan usia berbeza dikenali sebagai Kovu, 4, Hektor, 8, Ana, 16, Cosmo, 17, Ash, 18, Jessy, 19, Leo, 21, Billy, 23, Liv, 24 dan Red, 26.
Dia yang tinggal di bandar Munich, Jerman itu menghidap masalah Kecelaruan Identiti (DID) iaitu keadaan psikiatri yang jarang berlaku akibat trauma teruk ketika zaman kanak-kanak.
 Foto: Mirror UK
Stockl yang kini berusia 22 tahun, merujuk kepada personaliti kolektifnya sebagai sistem atau kumpulan identiti yang berkongsi satu badan, namun berbeza situasi.
Dia merujuk kepada dirinya sebagai tuan rumah kepada personaliti berbeza tersebut.
Stockl dapat menguruskan aktiviti hariannya sehingga usia remaja tetapi keadaan menjadi di luar kawalan apabila dia mengambil peperiksaan A-Level pada Jun 2021.
Kekerapan pertukaran identiti membuatkannya tidak dapat fokus dalam pelajaran dan mengalami hilang ingatan serta beberapa gejala lain.
Selepas tujuh tahun menjalani terapi, dia mula mencari klinik psikosomatik bagi mendapatkan bantuan untuk menguruskan DID dengan lebih baik.
Stockl dimasukkan ke sebuah pusat psikiatri pada Mac 2022 selama enam minggu, di mana dia menjalani beberapa terapi termasuk sesi bersama pakar, terapi fizikal dan terapi seni.
Dia kini meneruskan kehidupan dengan menjalankan perniagaan online di mana dia menjual penanda halaman buatan tangan dan beg jinjing. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
dissociative identity disorder
hat ni, dulu orang selalu tanya. kalau salah satu personality tu lakukan jenayah, lagu camane tu
kat Malaysia ada jugak
tapi sebab mak bapak tak berapa cerdik, asal anak tu keluar je masalah mental dia,
sama ada DID, atau mental disorder lain,
diorang PAANNNGG sekali budak tu sampai diam.
"Kalau mengada-ngada, lempang je. Elok la budak tu."
giler mak bapak camni. lepas tu budak tu hidup tersiksa sebab kena membesar dan bergaul dengan orang normal. sedangkan dia ada conditions |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...bleh tak personaliti berubah menjadi psychopath.... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat akan cerita moon knight |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 31-5-2022 09:02 PM
teringat akan cerita moon knight
Iols teringat cite John Lithgow - Raising Cain.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti bila tua jadi patricia ala2 james mcavoy ke? cite m night shyamalan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade byk identiti...laki pmpn..kire jadi trans la ye.. cmni payah..feeling jadi pmpn.suntik hormon.esok identiti lelaki..terkejut tgk bdn berubah.. patut golongan lgbt di declare sbg penyakit jiwa juga..terang2 mental |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 31-5-2022 10:53 PM
nanti bila tua jadi patricia ala2 james mcavoy ke? cite m night shyamalan tu.
Split
|
|
|
|
|
|
|
|
macam cerita split kan
waktu tengok IRL documentary haritu, ubat dia kena makan banyak gila
sehari dekat 10 jenis ubat kena makan
pill box dia dah saiz a4 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau identiti dia tu bergaduh sesama identiti dia, kira macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
Malcolm River  |
|
|
|
|
|
|
| |
|