View: 871|Reply: 6
|
Lelaki Ditahan Lepas Potret Mona Lisa 'Diserang' Dengan Kek
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berpakaian seperti wanita tua berkerusi roda, ditahan selepas mencampakkan sepotong kek ke arah Mona Lisa, potret terkenal karya Leonardo da Vinci yang dipamerkan di Louvre.
Potret itu tidak terjejas, namun dapat dilihat dalam beberapa video dan gambar tular media sosial, krim icing putih mencemarkan kaca pelindungnya.
 Kredit foto: Al Jazeera
Individu itu dipercayai berjaya menghampiri lukisan itu dalam jarak dekat kerana lakonannya sebagai wanita kurang upaya.
"Orang ramai terkejut apabila seorang lelaki berkerusi roda (berpakaian) seperti seorang wanita tua, bangun dari kerusi roda, cuba memecahkan kaca pelindung sebelum membaling kek yang dibawanya.
“Selepas kira-kira 10 hingga 15 saat barulah pihak keselamatan datang dan membawa lelaki itu pergi," kata saksi kepada agensi berita PA.
"Ada orang yang memusnahkan bumi. Fikirkanlah. Artis memberitahu anda, fikirkan bumi. Itulah sebabnya saya melakukan ini," kata lelaki itu semasa dibawa keluar anggota keselamatan.
Pejabat pendakwa raya Paris pada Isnin mengesahkan lelaki berusia 36 tahun berkenaan telah ditahan dan dibawa ke unit psikiatri, dan memaklumkan siasatan telah dimulakan.
Lukisan era Renaissance itu dipasang dengan pelindung kaca selepas satu serangan asid pada 1950an.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 30-5-2022 11:16 PM
Kena tidak baling the last supper saja dekat saja dengan mona lisa... The last supper di the louvre bukan original |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba tiba teringat movie Pak lawak Britain tuh |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 31-5-2022 03:54 PM
Tiba tiba teringat movie Pak lawak Britain tuh
Mr Bean rosakkan lukisan The Whistler's Mother   |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 31-5-2022 05:56 PM
Mr Bean rosakkan lukisan The Whistler's Mother
Haah Mr bean...rasa mcm lempang je bila tgk muka selengge dia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
benda yg disanjung2 selalunya akan ada atau dah ada 'sesuatu' yg menempel
|
|
|
|
|
|
|
| |
|