CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

Orang Pertama Di Dunia Berjaya Jalani Pemindahan Kedua-dua Tangan

[Copy link]
Post time 31-5-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Iceland ini individu pertama di dunia yang berjaya menjalani pemindahan kedua-dua tangannya pada 2021 dan kini mampu menjalani rutin hidup seperti insan normal.


Kehidupan Felix Gretarsson teruji selepas mengalami renjatan elektrik dengan jumlah 11,000 voltan pada 1998 dan terjatuh pada ketinggian 9.144 meter yang menyebabkan dia koma tiga bulan.




Kredit foto: IG Gretarsson




Selepas bertahun, Gretarsson berkongsi proses pemulihannya yang mencapai kemajuan luar biasa di media sosial.


Dia kini boleh memandu, memberus gigi serta bermain bersama anjingnya dan berkongsi perkembangan tangannya yang dibantu mesin.


"Tangan kiri saya agak lambat perkembangannya berbanding tangan kanan, namun mesin ini sangat membantu," katanya dalam perkongsian video di Instagram.




  



Dalam video itu kelihatan tangan kiri Gretarsson dilekatkan pada mesin dengan ia bergerak ke empat arah.


Menurutnya, saraf yang berkembang di otot akan melemah tetapi mesin membantu dia melakukan pergerakan yang dia tidak dapat buat dengan sempurna, melawan graviti.


"Ia seperti bergerak dalam air," katanya menjawab pertanyaan seorang pengikutnya, seperti dilapor NDTV.




  



  



Selepas insiden itu, Gretarsson berhijrah ke Lyon, Perancis pada 2013 yang mendorong penyelidikan dibuat, sekali gus membantu dia menjalani pembedahan pemindahan tangan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.174159 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list