View: 1189|Reply: 6
|
Sekolah Pondok Kahwinkan Pelajar Dengan Pasangan Rahsia, Lepas Nikah Baru Boleh Jumpa
[Copy link]
|
|
Jakarta: "Saya tidak tahu siapa calon suami saya sehingga akad nikah. Rupanya dia jiran sekampung saya," kata Khusnul yang mengikuti perkahwinan beramai-ramai tanpa mengetahui identiti pasangannya.
Perkahwinan unik itu anjuran Pondok Pesantren Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.
Pengurusan pondok sudah mengadakan upacara berkenaan sejak 2016 yang mana pelajarnya dikahwinkan dengan pasangan yang identiti dirahsiakan.
 Foto: AFP
Khusnul, salah seorang daripada peserta program itu pada 2007 mengakui mengalami kejutan pada hari akad nikah.
"Ketika itu, saya ikuti program ini bersama 68 pasangan lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Yayasan Dalilul Falihin Pondok Pesantren Darul Falah Pusat, Syaiful Bakri berkata, tahun ini acara berkenaan diteruskan dengan penyatuan 22 mempelai pada 22 Mei lalu.
Katanya, ia adalah acara rutin pihaknya bagi setiap lima tahun sekali, menikahkan pelajar mereka yang ingin berumah tangga tanpa mengetahui siapa calon jodoh.
"Semuanya dirahsiakan sehingga acara ijab dan kabul selesai barulah mereka akan bertemu dengan pasangan mereka.
"Selepas bernikah, mereka tinggal di bilik yang ada di pondok sebelum berpeluang ke tempat lain, membantu pondok cawangan lain," katanya kepada Antara yang dipetik Kompas.
Syaiful berkata, sehingga kini, seramai 250 pasangan berjaya dinikahkan dan semua pelajar itu tidak dipaksa sebaliknya rela hati untuk bernikah.
"Calon pasangan adalah kalangan pelajar pondok dan juga orang luar.
"Sebelum itu, mereka perlu membuat permohonan dan pengasuh pondok ini, Umi Habibah akan memutuskannya kerana bukan mudah menentukan pasangan seseorang," katanya.
Antara faktor diambil kira adalah tingkah laku, pengetahuan, berat dan tinggi, selain melakukan solat istikharah untuk pertimbangan jodoh terbaik pelajar.
"Kami juga bekerjasama dengan Pejabat Urusan Agama (KUA) supaya tidak membocorkan siapa calon pengantin yang akan dinikahkan.
" ernikahan ini sah dan tiada yang berkahwin tanpa daftar," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik aje cara mereka ni. Boleh pulak kahwinkan pasangan tanpa mereka tau siapa yg akan mereka kahwini. Buatnya pasangan tu ialah transgender, atau mereka yg sudah ada 4 isteri atau mereka yg punya latar belakang misteri, mcmane? |
|
|
|
|
|
|
|
kan...pastu dibuatnya pembawa Talasemia ke apa ke...choi sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Klau camni cra nak khwin, aiyok. Mmg x lah iol nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak haram ke kahwin mcm ni? Bukan kena jelas tahu siapa bakal pengantin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
orenmango replied at 31-5-2022 07:48 PM
Tak haram ke kahwin mcm ni? Bukan kena jelas tahu siapa bakal pengantin ke?
Kalau ikut pemahaman aku tu .. setiap individu pengantin mmg jelas siapa orangnya. Sbb mmg ditapis Dan diteliti oleh penganjur yakni guru2 pesantren TU. Pengantin2 TU terdiri Dr murid2 pesantren tu juga kan. Mcm cikgu2 TU agent cari jodoh. Cikgu2 TU yang akan menilai si Poland no sesuai dgn siapa. AAA mcm TU la. But still eww to me la. Mmg tak sanggup la aku kalau kena kawin dgn rakan belajar tapi tak tahu yg mana satu. Dibuatnya cikgu jodohkan dgn lelaki paling poyo.. mmg meraung situ situ jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah engkau orang burukkan islam sampai begini sekali sistah? Nabi engkau orang tak suruh pun buat macam tu dekkk…. Akak yang kapir ni pulak yang kena bekap agama korang kan sis? |
|
|
|
|
|
|
| |
|