CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

Kereta Mainan Budak Ditunda Sebab Tak Bayar Parkir

[Copy link]
Post time 31-5-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Satu rakaman video di Britain yang menunjukkan kereta mainan kanak-kanak ditunda menjadi tular dalam aplikasi TikTok, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Menerusi muat naik dalam akaun @Drose3pt, sebuah trak tunda dirakam mengangkut kereta mainan berwarna merah jambu  itu yang dipercayai kerana kesalahan meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya atau tidak membayar tiket parkir.




Kredit foto: TikTok @Drose3pt




“Kasihan, pemandunya (kanak-kanak) mungkin singgah di kedai untuk membeli aiskrim,” tulis pengguna tersebut.


Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen berseloroh mengatakan bahawa majlis bandar raya di London akan menunda apa sahaja.


“Pasti pegawai tiket parkir mendapat bonus lebih pada bulan ini kerana berjaya menyaman kereta mainan.







“Ini adalah pengajaran kepada kanak-kanak bahawa tiada benda percuma di dunia ini,” kata seorang lagi netizen.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.328760 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list