CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 6

Keluarkan Pistol Dari Tingkap Kereta, Pemandu Kata Tengah Bergurau Je Dengan Anak Buah

[Copy link]
Post time 30-5-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dari tingkap ketika memandu akhirnya membawa padah apabila suspek telah ditahan polis di sekitar Damansara semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.


Tambahnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton wira dan sepucuk pistol mainan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara bagi tujuan siasatan.








“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dan mendakwa pistol mainan yang berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya.


“Suspek mendakwa dia sedang bermain dengan anak buahnya ketika kejadian yang berlaku pada pukul 7.03 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini bagi permohonan tahanan reman.


“Hasil siasatan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960,” jelasnya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
“Hasil siasatan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah".

Brgurau la sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedey.....btg kecik terpakse lah dikelek pistol kesana sini konon nye jantan sgt la ...nak tayang kete besor tak mampu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi bodoh. Dah kena tahan, dan2 ckp bergurau
Haruslah telor layut termasuk dlm, takut
Kalau takde org ambik gambar, kau pakai pistol tu utk takutkan org kan? Sial punya jantan. Haruslah ego kena besar, yelah pakai kereta murah
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:31 AM | Show all posts
geng kicap hitam ka?

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 12:09 PM | Show all posts
Dah kantoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah biasa bawa pistol mainan dalam kereta untuk tujuan nak gertak orang lain la tu.... Biasanya terlepas... Tapi kali ni nasibnya tak begitu baik.... Padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.122868 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list