CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 2

Budak 5 Tahun Menangis Saksi Ibu Mati Ditikam

[Copy link]
Post time 30-5-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya, di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching, pada Ahad.


Lebih menyedihkan, menurut sumber, kematian mangsa dipercayai disaksikan sendiri anaknya yang berusia lima tahun.




Kredit foto: Awani




Katanya, kejadian itu disedari kenalan mangsa yang juga seorang pengusaha kedai kopi di premis berhampiran.


"Terdahulu, anak mangsa berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit.


"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka dan menemui mangsa yang berlumuran darah.


"engusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 petang itu.


"olis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.


"Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun," katanya.




Sumber: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak tu. dah dok tempat org. allahuakhbar
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak tu. dah dok tempat org. allahuakhbar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.503226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list