View: 1136|Reply: 4
|
Pengantin Perempuan Merajuk, Batal Kahwin Serta Merta Sebab Bakal Suami Lupa Upah Jurugambar
[Copy link]
|
|
Seorang wanita enggan berkahwin gara-gara bakal pengantin lelaki lupa untuk mengupah jurugambar bagi majlis mereka.
Bagi kebanyakan pengantin perempuan dan lelaki, fotografi menjadi keutamaan bagi meraikan hari istimewa.
Insiden membabitkan perkahwinan anak perempuan kepada seorang petani yang tinggal di sebuah kampung Di Kanpur Dehat di India.
Perkahwinannya diaturkan bersama seorang lelaki yang tinggal di Bhognipur.
 Gambar Hiasan
Segala persiapan telah dilakukan, malah pelamin dihias cantik bagi menyambut perarakan pengantin.
Bagaimanapun, bakal pengantin perempuan kemudian menyedari tiada jurugambar untuk merakam detik-detik kenangan itu, sekali gus membuatkannya enggan meneruskan majlis.
Dia kemudian meninggalkan pelamin dan pergi ke rumah jirannya.
Ramai berusaha memujuknya tetapi katanya: "Dia (pengantin lelaki) tidak mengambil berat tentang perkahwinan kami hari ini, bagaimana dia hendak menguruskan saya pada masa depan?"
Keluarganya juga cuba memujuknya tetapi tidak berhasil.
Perkara itu sampai kepada pengetahuan polis, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk memulangkan wang tunai dan barang berharga yang ditukar atas persetujuan bersama. - CARI
Sumber: mStar/India.com |
|
|
|
|
|
|
|
alasan je kot nii.. pdehal mmg die xnk kawen nii.. |
|
|
|
|
|
|
|
toksah kawin dgn pasangan cmni, benda kecik, terus majuk cancel
ni kalu dh kawin, semua kehendak dia kene penuhi, benda kecik salah terus kene tinggal bagai
manusia apala ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah perempuan ni boleh merajuk2. Perempuan lain kat India byk yg lebih malang kena aniaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|