CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 1

Wanita Maut Dikelar Teman Lelaki Anak

[Copy link]
Post time 30-5-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suri rumah maut selepas dikelar di bahagian leher dalam kejadian di sebuah apartment di Sandakan pada petang Sabtu.


Mangsa warga Indonesia berusia 59 tahun itu dipercayai dibunuh teman lelaki anaknya sendiri.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anak perempuannya berusia 25 tahun didatangi suspek di rumah berkenaan.




Gambar hiasan




"Ketika kejadian, berlaku pertengkaran lalu suspek bertindak mengelar leher mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.


"Anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Katanya lagi, selepas kejadian, suspek yang juga warga tempatan berusia 31 bertindak menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan tangkapan segera dibuat.


"unca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent untuk tujuan bedah siasat, manakala suspek kini ditahan reman," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bukan racist tapi banyak sgt kes ngeri2 kes kejam kat sabah ni
...ni semua kerja warga pendatang atau depa ni rata2 darah dna pendatang pinoy suluk ke gapo dio
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.415468 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list