CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 11

Wanita Nekad Jadi Peguam Untuk Cari, Heret Pembunuh Bapa

[Copy link]
Post time 30-5-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peguam wanita, Shagufta Tabassum Ahmed bersetuju melanjutkan pengajian perundangan atas nasihat kedua ibu dan bapanya, biarpun sebenarnya dia langsung tidak meminati bidang tersebut.


Namun, persepsinya berubah apabila bapanya mati dibunuh.


Menerusi wawancara bersama BBC, Shagufta menceritakan bagaimana dia berjuang selama 16 tahun untuk mencari keadilan bagi kematian bapanya lalu mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.




Kredit foto: BBC




Jelas Shagufta, masih jelas bagaimana reaksi ibunya sebaik sahaja bapanya disahkan mati dibunuh, iaitu menangis sepuas hati.


Katanya, dia dan keluarganya hanya mampu duduk diam dengan wajah sugul apabila dimaklumkan mayat bapanya ditemukan dalam tangki septik di Universiti Rajshahi iaitu tempat kerja bapanya sebagai pensyarah dalam bidang geologi dan perlombongan.


“Tidak lama selepas itu, kami sekeluarga mula bersuara, saling bertanya dan mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana bapa saya boleh dibunuh dan yang paling penting, siapa pelakunya?


“Bapa saya hanyalah seorang pendidik yang sanggup berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam daripada beli kereta mahal.


“Dia juga merupakan seorang pensyarah yang berdedikasi dan sanggup buat apa sahaja bagi memastikan pelajarnya menerima ilmu secukupnya. Tapi, siapakah yang berdendam dengannya sehingga sanggup membunuhnya?” soal Shagufta.




Gambar Shagufta dan bapanya ketika kecil
Kredit foto: BBC





Wanita itu memberitahu, kesemua persoalan tersebut merupakan titik permulaan mimpi ngeri buat mereka sekeluarga.


Bagi Shagufta, ibu dan bapanya menasihatkan dia supaya belajar perundangan untuk menjadi peguam.


Shagufta hanya mengikut cakap ibu bapanya tanpa ada niat di hati untuk bergelar peguam. Dia sebaliknya mempunyai cita-cita untuk menyertai pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa atau menjadi pendidik.


Shagufta menceritakan, kes pembunuhan bapanya mendapat liputan meluas media di Bangladesh, malah keluarganya juga menjadi tumpuan pelbagai pihak.




Shagufta diriba bapanya


Shagufta dan ibunya melihat klip akhbar yang merakam perjuangan mereka mencari keadilan buat bapanya
Kredit foto: BBC






“Kematian bapa saya sudah terbela dan saya ingin berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana sebab merekalah saya menjadi peguam dan mengheret pembunuh bapa saya ke muka pengadilan,” ujarnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:42 PM | Show all posts
Kalau bikin filem menarik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:12 PM | Show all posts
Format berita sekarang ni memang dah tak payah letak tempat kejadian kat awal2 berita ke? Dah hujung2 baru tulis Bangladesh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:16 PM | Show all posts
bapa dia rakyat bangladesh juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 04:30 PM | Show all posts
ezacbee replied at 30-5-2022 06:42 AM
Kalau bikin filem menarik ni.

mmg ada filem hindi
jalan cerita sama tapi perempuan kena rogol
budak tu besar jadi peguam.
dia berjaya dakwa org yg rogol dia.
kes tu lama tapi dia berjaya korek balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 04:33 PM | Show all posts
wow...macam Again, my life , watak this lady lawyer ni macam Kim Hee A...yeszaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2022 04:33 PM | Show all posts
wow...macam Again, my life , watak this lady lawyer ni macam Kim Hee A...yeszaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah bapak dia macam leluhur nusantara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak die seorg pengintip ka??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa lah dalam idup ni mmg ramai yg dengki..

Kalo seorang tu bole lakukan sesuatu..

Tp yg lain2 yg x mampu tu.. ada yg dengki..

So, dibunuh, character assassination dll..

Mcm dlm porum ni jugak..

Dengki dgn posting orang...

So, jalan termudah, shitkan posting orang lain..

Maki n Hina tp point tarak.....

Dengki ni sebenarnya salah satu cabang sakit jiwa dan X yakin dgn kemamuan diri sendiri serta manusia yg tak der pendirian..

Hanya ikut Pendapat yg majoriti sbb X berani Kalo orang lain kritik..

Kesian..

Mcm kes arwah bapak peguam ni..

Mesti arwah suka cakap benar, tp X ramai bole terima..

So, terimalah akibat..

Nak wat camner.. majoriti manusia dunia termasuk dlm porum ni pun, mmg bodo2..

Manusia bodo2 to perasan pandei ni ler yg banyak menyusahkan dan sulitkan sesuatu perkara

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 06:53 PM | Show all posts
so, sape yg bunuh bapak nye tu apa motif pembunuhan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 10:54 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 30-5-2022 11:00 PM
matchstick: so, sape yg bunuh bapak nye tu apa motif pembunuhan

aku lebih nak tau pasal ni tapi takde cerita pun dalam artikel ni…

ok, dah google...  kawan apaknye bunuh sebab apaknya kantoikan dia plagiat kerja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.129124 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list