CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 1

Sakit Teruk Lepas Bedah, Virus Pada Babi 'Berpindah' Pada Penerima Organ

[Copy link]
Post time 30-5-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Virus diketahui menjangkiti babi ditemukan pada lelaki Maryland, David Bennet, 57, yang bertahan hidup selama dua bulan selepas menerima pemindahan jantung babi diubah secara genetik.


New York Times melaporkan ia didedahkan pakar bedah yang melakukan prosedur itu, Dr Bartley Griffith dari Pusat Perubatan Universiti Maryland.




Kredit foto: Sportskeeda




Dr Griffith berkata, data asid deoksiribonukleik (DNA) virus itu dalam pesakit berkenaan mungkin menyumbang kepada kemerosotan kesihatan secara mendadak, lebih sebulan selepas pemindahan menerusi pembedahan.


"Tetapi, tiada bukti bahawa pesakit mengalami jangkitan aktif dengan virus itu atau badannya sudah menolak jantung (babi)," tambah Dr Griffith.


Pendedahannya itu menyerlahkan kebimbangan dan bantahan mendesak terhadap pemindahan haiwan ke manusia, iaitu penggunaan meluas organ haiwan yang diubah suai mungkin memudahkan pengenalan patogen baharu ke dalam populasi manusia.


Bennet, sakit teruk sebelum pembedahan dan mempunyai banyak komplikasi lain selepas pemindahan.


Dia meninggal dunia 8 Mac lalu selepas pembedahan pada 7 Januari lalu.


Pendedahan Dr Griffith mengenai kesan virus ditemukan pada pesakit itu dibuat bulan lalu semasa mesyuarat Persatuan Transplantasi Amerika, pertama kali dilaporkan MIT Technology Review.




Kredit foto: University of Maryland School of Medicine




Dalam temu bual dengan The New York Times pada Khamis (5 Mei), Dr Griffith dan rakannya, Dr Muhammad Mohiuddin, pengarah saintifik program xenotransplantasi jantung di Pusat Perubatan Universiti Maryland berkata, bahawa mereka sedih dengan kehilangan Bennett.


Tetapi bagi mereka, itu tidak menghalang matlamat mereka menggunakan organ haiwan untuk menyelamatkan nyawa manusia.


"Tidak benar-benar menakutkan kami mengenai masa depan bidang ini, melainkan atas sebab tertentu insiden ditafsirkan sebagai kegagalan sepenuhnya," kata Dr Griffith.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:09 PM | Show all posts
Ish3...memang bab* betol!

Kajian kononnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list