View: 438|Reply: 0
|
Kekasih Gagal Dikesan, Rumah Rakan Yang Dibakar
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di daerah Bang Lamung, Thailand didakwa membakar rumah kawan kekasihnya kerana berang tidak diberitahu lokasi keberadaan lelaki tersebut, lapor laman berita Thaiger.
Pemilik rumah, Parichat Yongpanya, 33, memberitahu bahawa dia dan dua anak perempuannya sedang tidur apabila wanita itu masuk ke rumah mereka dengan membawa sebotol petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.
 Kredit foto: PattayaMail
Suspek kemudian melarikan diri dari rumah sementara Parichat dan anak perempuannya bernasib baik sempat menyelamatkan diri tanpa kecederaan.
Parichat yang juga rakan kekasih wanita itu berkata, lelaki terbabit biasanya mengunjungi rumahnya, namun tidak datang pada hari kejadian.
Perkara itu mungkin mengecewakan suspek hingga terdesak membakar rumah Parichat.
 Kredit foto: PattayaMail
Polis sedang menyiasat kejadian itu dan merancang untuk menahan suspek dalam masa terdekat bagi memfailkan pertuduhan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|