CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 1

Maimon Balik Selepas 50 Tahun Keluar Rumah-5 Adik-Beradik Dah Meninggal, Tak Sempat Jumpa

[Copy link]
Post time 30-5-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Pontian: Selepas 50 tahun menghilangkan diri, Maimon Tayib akhirnya terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Parit Tengah, Ayer Baloi, di sini meskipun lima adik-beradiknya sudah meninggal dunia.


Kisah Maimon, 75, yang meninggalkan keluarga tanpa khabar berita pernah dilapor Harian Metro pada 2012, dengan ahli keluarga merayu dia pulang.


Dilaporkan bahawa Maimon keluar dari rumah selepas kematian ibu pada 1972 dan dia dikatakan memberitahu arwah adiknya, Hassim untuk hidup berdikari serta sudah memperoleh pekerjaan di Johor Bahru.




Maimon (tengah) bersama sanak saudara di Kampung Parit Tengah, Ayer Baloi Pontian. Foto: TOGI MARZUKI




Sejak itu, Maimon tidak kembali dan tiada khabar berita sehingga semalam, apabila tampil di muka pintu rumah adik iparnya, Khatijah Samat, 71, ditemani anak, Roslan, 41.


Anak saudara Maimon, Hasni Harun, 44, berkata, mereka sekeluarga menyambut kehadiran wanita itu dengan senang hati.


"Sebelum ini, kami bersama ahli keluarga lain berusaha untuk mencarinya tetapi gagal. Alhamdulillah syukur, makcik yang dirindui semua ahli keluarga pulang ke pangkuan keluarga.


"Namun apa yang menyedihkan, kepulangannya tanpa lima adik-beradiknya yang lain kerana mereka sudah meninggal dunia, " katanya di sini, hari ini.


Maimon yang merupakan anak keempat daripada enam beradik enggan ditemubual. Dia mempunyai enam anak, 21 cucu dan dua cicit, kini menetap di Kampung Semeneh Cempaka, Batu Kurau, Perak.


Dalam pada itu, Roslan berkata, dia tidak mengetahui apa yang menggerakkan hati ibunya untuk kembali ke kampung halaman.


"Memang sebelum ini kami memujuk ibu untuk pulang menjengah keluarganya tetapi dia tidak mahu. Kami pun hanya tahu kampung ibu di Pontian tapi tidak tahu lokasi dan tiada juga nombor telefon.


"Alhamdulillah akhirnya ibu sendiri rela hati untuk pulang dan dia berhajat menziarahi pusara ibu bapanya dan adik-beradik serta mahu bermaaf-maafan, juga mengeratkan silaturrahim," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:27 PM | Show all posts
Lamanya merajuk makcik eh nenek oii.. berbaloi kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.403786 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list