View: 1679|Reply: 6
|
Lelaki 65 Tahun Hilang Ingatan Lepas Berhubungan Seks
[Copy link]
|
|
DUBLIN, Ireland – Seorang lelaki berusia 65 tahun dikejarkan ke hospital apabila mengalami amnesia (hilang ingatan) jangka pendek selepas mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Kes luar biasa itu disiarkan dalam penerbitan Medical Journal dengan pakar-pakar berkata, faktor jantina adalah pencetus kepada amnesia jangka pendek atau dikenali sebagai Transient Global Amnesia (TGA).
Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS) mentakrifkan TGA sebagai sindrom global bersifat sementara dan bukan berpunca daripada epilepsi atau strok.
Foto: istock
Dalam kes lelaki Ireland itu, Medical Journal melaporkan bahawa dia hilang ingatan 10 minit selepas melakukan hubungan intim.
Keadaan jarang berlaku itu biasanya ‘menyerang’ individu berusia antara 50 hingga 70 tahun dan akan hilang begitu sahaja.
Sesetengah individu yang mengalami TGA mungkin tidak akan mengingati apa yang berlaku dalam masa setahun lalu.
Pesakit biasanya mendapat semula ingatan mereka dalam masa beberapa jam.
Dalam kes tersebut, ingatan jangka panjang pesakit tidak terjejas apabila dia dapat memberikan nama, umur dan maklumat latar belakang asas lain.
Lelaki itu pernah mengalami TGA pada 2015 dan kejadian tersebut juga berlaku sejurus selepas melakukan hubungan seks.
Menyedari bahawa dia mungkin mengalami satu lagi episod TGA, lelaki itu membuat pemeriksaan di wad kecemasan sebuah hospital tempatan.
Dia disahkan sihat sepenuhnya selepas menjalani pemeriksaan saraf dan mendapat semula ingatannya dalam masa beberapa jam. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
TGA ni both anterogade dengan retrogade amnesia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lupa dah main...dia main lg... |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 30-5-2022 02:48 PM
lupa dah main...dia main lg...
Ko pulak memang for real akan hilang ingatan kalau lama tak dapat main kheun salem? Bila air gatal dah penuh tak dapat flushing....akan menutup ruang ruang serta cell ingatan dlm otak....kheunz?
Ko baik ngaku...
Kahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
jenuh jugak kalau setiap kali air dah sampai kepala lepas tu hilang ingatan. nak tak nak kena lepaskan jugak air tu |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah rasa sekali. Sedap sangat kot  |
|
|
|
|
|
|
|
memori dia ikut berenang sekali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|