Tapak Pelupusan Akhir, Masa Gelap Lalu merupakan sebuah lagi kedai unik di Jepun mana sesiapa sahaja boleh memusnahkan data digital mereka yang berpotensi sensitif dengan selamat.
Oddity Central melaporkan kedai itu menawarkan perkhidmatan serendah 100 yen (kira-kira RM3.44 sen) untuk menghancurkan cakera keras atau pemacu lama dalam mesin khas.
 Kredit foto: Oddity Central
Kedai itu memperkenalkan perkhidmatannya pada 2020 apabila semakin ramai pemilik komputer peribadi mula menimbulkan persoalan apa berlaku kepada data peribadi mereka apabila menukar komputer mereka.
Pemilik 'Tapak Pelupusan Akhir, Masa Gelap Lalu' membeli mesin pemusnah cakera keras profesional dan mula menawarkan orang ramai peluang untuk melupuskan data mereka dengan selamat, yang berpotensi menjejaskan jika tidak dilupuskan secara betul.
Terletak di ruang bawah tanah sebuah bangunan di daerah Akihabara yang berorientasikan teknologi di Tokyo, 'Tapak Pelupusan Akhir, Masa Gelap Lalu' pada asasnya menggunakan pemusnah pemacu keras profesional Nitto Zoki DB-60PRO.
Pelanggan hanya perlu masuk ke kedai, bayar 100 yen dan serahkan pemacu yang mahu dimusnahkan kepada kakitangan.
Kakitangan akan memasukkan pemacu ke dalam mesin khas, menekan butang sebelum empat batang keluli berkuasa hidraulik menembusi storan data, menjadikannya tidak boleh digunakan.
Sumber: Harian Metro |