CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

Pencuri Insaf Lepas 'Mati' Dua Minit Kena Kejutan Elektrik

[Copy link]
Post time 30-5-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengendali perancah yang pernah berhadapan mati dua minit akibat terkena kejutan elektrik ketika cubaannya mencuri besi buruk, kini insaf dan mahu berkongsi pengalamannya dengan anak muda supaya tidak terjebak jenayah.


Mirror UK melaporkan dalam kejadian November 2020, Darren Harris, 29, dari Manchester menjadi 'bebola api manusia' dan mengalami kecederaan teruk selepas 11,000 voltan elektrik mengalir ke seluruh tubuhnya.




Kredit foto: Daily Mirror




Dalam tragedi dua tahun lalu itu, dia terlihat papan suis dan sesalur elektrik ketika cuba mengutip serpihan besi dari kilang keluli terbiar di Wolverhampton.


Mirror UK melaporkan, dia membuat andaian bekalan elektrik sudah diputuskan memandangkan bangunan itu akan dirobohkan.


Lelaki itu kemudian meletakkan tangannya pada bar tembaga hidup yang ingin dicurinya namun badannya tercampak serta merta akibat terkena renjatan elekrik.


Dia terbaring tidak sedarkan diri selama beberapa minit, dan dia bernasib baik kerana kebetulan sebuah ambulans melalui lokasi itu.


"Seluruh badan saya terbakar dan muka saya terkopak manakala bahagian leher saya terkoyak," dedah Darren.


Selepas koma selama 27 hari, dia terselamat daripada maut walaupun melecur tahap tiga di 47 peratus badannya.


Malah, doktor menggelarnya sebagai 'keajaiban perubatan'.


Darren bergelut dengan kemurungan dan pernah berniat membunuh diri tetapi kemudian berazam untuk mengubah pengalaman buruknya itu menjadi sesuatu yang positif.


"Saya ingin menyampaikan mesej kepada golongan muda, memberitahu mereka bahawa melakukan jenayah takkan berbaloi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073329 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list