View: 4139|Reply: 56
|
Macam Samseng, Rider Bergambar Di Lebuhraya New Zealand Malaysia Nak Hempuk Pemandu Kereta Sebab Bengang Dihon
[Copy link]
|
|
Mendapat jolokan 'New Zealand Malaysia’, Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar.
Keindahan pemandangan di lokasi itu turut dijadikan sebagai tempat perjumpaan secara berkumpulan yang mana pemandu kereta atau penunggang motosikal berhenti di sepanjang lorong kecemasan, sekali gus mengundang bahaya.
Menerusi satu rakaman dashboard sebuah kereta, pemandunya cuba membunyikan hon bagi memberi peringatan kepada seorang penunggang motosikal yang kelihatan berdiri di jalan.
Namun, keadaan itu sebaliknya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki tersebut yang kemudian menghayunkan satu objek ke arah kereta terbabit.
Berkongsi cerita kepada mStar, individu yang memuat naik rakaman itu di laman sosial sehingga tular, Wahab Hamzah berkata, kejadian berlaku pada Ahad petang semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Serdang, Selangor ke Kampung Kerangai di Jelebu, Negeri Sembilan.
Lelaki berusia 30an itu memberitahu, ketika itu isterinya memandu kereta, manakala dia berada di tempat duduk penumpang hadapan serta dua anak di tempat duduk belakang.
"Saya minta isteri bunyikan hon sebab lelaki itu mengganggu laluan dan mahu memberi peringatan yang dia berada di luar dari garisan, bahaya untuk dia dan pengguna jalan raya lain.
"Tak sangka dia gunakan pouch bag untuk hempuk kereta saya. Sebab saya bukan cari gaduh, hanya nak berikan peringatan je.
"Saya terkejut dan menjerit dengan tindakan dia... macam samseng jalanan," katanya ketika dihubungi.
Berasal dari Jelebu, Wahab berkata, dia bukanlah pertama kali melalui lebuh raya itu untuk pulang ke kampung, justeru sering melihat ramai orang berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk mengambil gambar.
"Tapi kali ini sudah melebihi had. Selepas bunyikan hon, kami meneruskan perjalanan sebab tiada kesan teruk pun.
"Kalau kami berpatah balik jumpa rider tu, bimbang akan menimbulkan kekecohan. Bahaya sebab mereka ramai dan saya ada anak-anak kecil," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu sambil menambah tiada laporan polis dibuat kerana tiada kerosakan berlaku dalam kejadian itu.
Bagaimanapun dia yang bekerja di bahagian sumber manusia di sebuah syarikat berkata, perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati di lebuh raya tersebut.
"Ia bukan tempat rekreasi atau open house. Cari tempat yang sesuai untuk lepak atau bergambar. Lebuh raya tersebut bukan tempat yang sesuai.
"Sikap saling memperingati sesama kita penting bagi semua. Jangan buat tindakan gengster. Jangan bahayakan diri dan pengguna jalan raya lain. Kalau dah terlanggar akan menyusahkan banyak pihak," katanya.
Setakat ini, video yang dimuat naik di Facebook milik Wahab dikongsi lebih 2,000 kali, dan tersebar di pelbagai platform media sosial.
Rata-rata netizen menyifatkan rider tersebut bersikap biadab selain tindakannya berdiri di jalan raya dengan meletakkan motosikal di lorong kecemasan boleh menyusahkan dan membahayakan semua pihak terutama pengguna jalan raya.
"Memang menyusahkan dia orang ni. Kita pula kena berhati-hati bila lalu sini. Adeh, perangai masing-masing.”
"Mohon ambil tindakan. Busukkan imej rider.”
"Dah kena langgar baru tahu," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat malaysia dgn aktiviti bodoh berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Baru merasa kaya. Tu perangai batak dpt bergambar dgn moto besar. Sama la dgn geng basika geng rempit geng kereta. Semua nk acah hebat sgt konvoi padahal cm sakai menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
tak ke menyusah kan org klu jadi apa2
lagi2 dlm kereta org tu ada bdk2 |
|
|
|
|
|
|
|
Langgar kan je lah.. biar pupus spesis ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dah la dabel line.... lagi dok tgh jalan. kena ngan driver oku baru ada akai |
|
|
|
|
|
|
|
aik moto ni? iols selalu stress bila nk tukar lane asyik2 kena hon dgn geng moto..time tu org kena sabar kena hon 'peringatan'? ni konpem2 dia tgh membahayakan diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Low educated.....kalau yg high educated ni mesti tahu undang2, pasal keselamatan diri,
Elok dilanggar je sampai jd OKU |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu hon warning je pon cukup bagus dah...dpd takdan hon langgar sauk je terus ke alam barzakh...dah takdan ko nak hempuk |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus brader ni sbb dia sedar ada anak2 dlm kereta
Sementara itu bahlol2 superbikers ni kalo mampos eksiden di jalanan,mmg akak padankan muka and no-Fatihah for them je sbb dh faham sgt perangai depa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepatnya brader ni,dah sampai tahun 2023 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Last week lalu sini.. x de pun nampak mcm new zealand.. |
|
|
|
|
|
|
|
Langgarkan aje lain kali. Lepas pasang dashcam dekat kereta aku ni, asal ada orang bangang, kereta bangang dan sure bukan salah aku, memang senang hati je aku gunakan hak aku dulu. Tapi kalau brader sorang-sorang je, aku rasa dia berhenti je tu sekolahkan si maamt bebal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
demi secebis instagramable lifestyle approved |
|
|
|
|
|
|
|
Eh2 korang br tau ker rider2 ni prgi bangsat? Dtg makan durian , menyeliy tgh sesak..jalan 1way jer..ko dh langgar side mirror aku , ada ko angkat tgn mintak maaf? Aku sumpah hidup ko setan..jadilah setan smpi kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pompuan berbaju raya acah2 dari seberang jalan ke seberang jalan lagi satu pastu bertemu tetengah jalan bersalam raya......mampooooo?? Ada yang bersimpuh dengan sampin raya jugak hokeh. Yang merakam sama boddowww!! Kiri kanan jalan memang macam open house pun, cuma tade khemah jahhh!!
Aku pun antara yang bagik hon panjang jugak......mujur tak kena baling kayu. 
|
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 30-5-2022 11:26 AM
Baru merasa kaya. Tu perangai batak dpt bergambar dgn moto besar. Sama la dgn geng basika geng rempi ...
Setujuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|