View: 1145|Reply: 11
|
Baru Kahwin Lepas 60 Tahun Hidup Bersama Dan Lahirkan 5 Anak
[Copy link]
|
|
Edinburgh: Kekasih yang sudah 60 tahun hidup bersama akhirnya berkahwin ketika usia mereka masing-masing 91 tahun dan 89 tahun.
Alex dan Jane Hamilton pertama kali bertemu di Birmingham, England, pada 1956 ketika masing-masing bersama pasangan lain, lapor BBC.
Mereka tidak boleh berjauhan dan enam tahun kemudian, memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu bersama-sama di kota kelahiran Alex di Edinburgh.
 Foto: Hamilton
Mereka umpama suami isteri sejak itu, menjadi ibu bapa kepada lima anak yang kini sudah dewasa.
Pernikahan Alex dan Hamilton berlangsung di gereja di Tillicoultry, Clackmannanshire, baru-baru ini.
Turut serta dalam merayakan ikatan pertalian rasmi mereka sebagai suami isteri adalah tiga anak perempuan mereka, Sally, Kate, Jane Beverley; dua anak lelaki, Alex Gordon dan Neil serta 11 cucu mereka.
Pasangan itu berkata, mereka mempunyai perkahwinan yang sempurna dan kini menantikan bulan madu rasmi mereka bulan depan.
Hamilton memberitahu program Drivetime BBC Radio Scotland bahawa, dia berasa sangat baik, mempunyai hujung minggu yang hebat dan perkahwinan yang terhebat.
"Semua orang menikmati diri mereka sendiri dan ia sangat sempurna. Semua anak dan cucu kami datang," katanya.
Sebelum ini, pasangan itu kadang-kadang ada bercakap mengenai perkahwinan selama bertahun-tahun.
Tetapi kehidupan sibuk mereka yang menjalankan syarikat mentega dan keju nampaknya menjadi penghalang.
"Kami tidak pernah bertunang. Tetapi kemudian, hanya beberapa minggu lalu, Alex duduk di hujung katil dan dia berkata, saya rasa kami patut berkahwin, itu sahaja.
"Kami mempunyai hubungan yang baik. Kami pernah mengalami pasang surut seperti kebanyakan orang tetapi tidak pernah ada sebarang keraguan dalam fikiran kami," kata Hamilton.
Hamilton berkata, dia tidak pernah ragu-ragu mereka akan bersama sepanjang hayat mereka, dengan atau tanpa cincin perkahwinan.
Bagi Alex yang memegang gelaran baharu sebagai suami, menyifatkan perkahwinan itu adalah kemuncak 60 tahun yang indah.
"Ketika kali pertama bertemunya saya memandangnya dan berfikir, inilah wanita yang saya cari sepanjang hidup saya.
"Kami pernah bercakap tentang berkahwin, tetapi kami terlalu sibuk dengan kerja dan ia sangat memakan masa.
"Masa depan kini adalah hidup selama yang boleh, gunakan sepenuhnya apa yang tinggal dalam hidup dan hidup setiap hari semasa kehidupan masih datang dalam masa kita," katanya.
Percutian romantis pertama pasangan itu pada tahun 1960-an adalah ke Oban di Argyll dan Bute dan di situlah mereka akan kembali untuk berbulan madu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang pelik sehinnga perlu masuk news. If couple committed dalam relationship tiada beza ber kahwin atau tidak... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa beza sebelum kahwin dengan lepas kahwin kalau dah beranak pinak?
Kiranya faraid baru jadi sah lah kan kalau ada salah sorang pergi dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bahagia ke anak cucu |
|
|
|
|
|
|
|
60 years without legal marriage, why now?
da bercucu da pon, apa bezanya surat nikah tu ada dan tak ada
seluruh keturunan da tahu yg mereka bukan dari anak sah tarap, adoiyai pening la omputih ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini normal, they dont lose any rights as spouse kalau tak kawin pun sebab after 2 years of living together dah recognised as de factor so boleh claim harta. Anak2 still carry father's (or mother's last name). Cuma agaknya dah tua2 tu nak gak kahwin. Macam Alan Rickman tu kan (Severus Snape dalam Harry Potter), together dgn partner dia since 1960s tak kawin2, last2 kawin after nearly 50 years, tak sampai 5 tahun dia pun mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Jangan pula lepas kahwin berantakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 30-5-2022 03:07 PM
Ini normal, they dont lose any rights as spouse kalau tak kawin pun sebab after 2 years of living to ...
Severus Snape dh mati ek..mati2 ingat dia ni jahat dlm Harry Potter dlu huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kan..plot twist sangat Harry Potter ni. Ha ah dah mati 5-6 tahun lepas kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 30-5-2022 03:25 PM
Kan..plot twist sangat Harry Potter ni. Ha ah dah mati 5-6 tahun lepas kut.
Oh patutlaaaa xde masa reunion last year ke last 2years...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
congratulations...
sebab tu la omputeh tak tersinggung bila kena kutuk u bloody SOB |
|
|
|
|
|
|
|
Turut serta dalam merayakan ikatan pertalian rasmi mereka sebagai suami isteri adalah tiga anak perempuan mereka, Sally, Kate, Jane Beverley; dua anak lelaki, Alex Gordon dan Neil serta 11 cucu mereka.
rasanya bukan takat punya cucu jer ni.. ntah2 dah ada piut/piat dah ni. Kalau tgk anak dia yg laki tu pun dah boleh bercicit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|