|
Nama Datuk Seri Vida yang gemar berfesyen dan berbelanja untuk diri sendiri dan anak-anak tidak asing lagi di kalangan masyarakat.
Mana tidaknya, dia suka berbelanja barangan mewah hingga adakalanya menimbulkan rasa meluat warganet.
Kredit foto: IG Vida
Terbaru, Vida dikritik kerana didakwa membeli-belah ketika butik-butik fesyen terkenal di ibu kota sudah ditutup.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Vida memuat naik video menunjukkan dia mengunjungi sebuah butik mewah yang telah ditutup.
Namun, perkongsiannya itu dikecam kerana dilihat seolah-olah ‘kemaruk’ dan ‘mencari pasal’.
Kata warga maya, Vida tidak patut bertindak seperti itu kerana pekerja butik berkenaan juga mempunyai kehidupan sendiri dan perlu berehat.
Tambah netizen lagi, pelanggan yang suka datang ke butik atau kedai di saat-saat akhir juga adalah satu perkara yang kurang disenangi pekerja.
Sumber: BeautifulNara |
|