View: 1007|Reply: 4
|
Lamaran Pernah Ditolak, Lelaki Rogol Dan Bunuh Adik Ipar Dalam Rumah Sendiri
[Copy link]
|
|
Lelaki tergamak merogol adik iparnya sendiri sebelum membunuh mangsa lalu dibuang di kebun rumahnya di Demak, Jawa Tengah gara-gara cinta ditolak.
Tribun News melaporkan, suspek, SH, 21, didakwa sempat melakukan hubungan seks bersama mangsa, FN, 18, sebelum kembali ke bilik isterinya.
Bagaimanapun pada tengah malam, dia kembali ke bilik mangsa dan meminta untuk ‘bersama’ buat kali kedua, namun ditolak mangsa menyebabkan suspek marah.
 Gambar hiasan
Susulan itu, suspek membenamkan kepala mangsa sebelum menolak kepalanya ke dinding sehingga menyebabkannya terbabit pengsan.
Bagi menghilangkan bukti, mangsa akhirnya dibunuh.
Bercerita lebih lanjut, suspek dikatakan suka kepada mangsa sebelum berkahwin dengan isterinya dan sempat melamar gadis berkenaan, namun lamaran tersebut ditolak.
Akhirnya, dia berkahwin dengan kakak mangsa dan tinggal sebumbung bersama gadis yang dicintainya itu.
Difahamkan, mayat mangsa dijumpai kanak-kanak berusia 3 tahun di dalam semak kebun rumahnya bersama beberapa kesan luka pada muka dan dada.
Bertindak atas laporan diterima, polis berjaya menangkap suspek dalam tempoh kurang lapan jam sebelum mengaku cemburu berikutan tindakan mangsa membawa masuk seorang lelaki ke dalam rumah.
Difahamkan, suspek sempat meminta supaya mangsa tidak menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan kakaknya.
"Saya terluka. Sebelum menikah dengan kakaknya, saya memang berniat meminangnya (mangsa), namun ditolak," katanya.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara seumur hidup.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
nak seks je kerjanya..tak fikir lain kepala diaorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu ikutkan perasaan hadap jer ler hukumannya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
APA KE GILA PERANGA-
oh.. negara seberang.. hmm aje lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kakaknya..niat laki tu bkahwin maybe sbb mk dkt dgn mangsa je..kena rogol ke rela? I is confius ayat melakukan hubungan seks tu, mcm rela? |
|
|
|
|
|
|
| |
|