CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3980|Reply: 47

Dah Macam Loji Kumbahan! 5 Sekawan Mimpi Ngeri Kondo Dibanjiri Air 'Cip Coklat'

[Copy link]
Post time 27-5-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan remaja terpaksa mengharungi pengalaman buruk lagi menjijikkan apabila unit kondominium mereka di tingkat 13 dilimpahi air dan najis.


Berkongsi pengalaman kepada mStar, salah seorang penghuni, Syed Nurhidayat Syed Zailudin berkata, kejadian berlaku di rumah sewa mereka di sebuah kondominium di Shamelin, Kuala Lumpur pada pagi Ahad lalu.


Pemuda berusia 24 tahun itu mengakui terkejut apabila lantai rumah mereka dibanjiri air naik hampir mencecah paras buku lali.




Kredit foto: TikTok




"Banjir tu berpunca daripada saluran bilik air di bilik utama. Lebih terkejut ada juga cebisan-cebisan kecil berwarna coklat.


"Bukan setakat dalam bilik air, malah air bercampur cebisan-cebisan coklat tu melimpah hingga ruang tamu, dapur dan bilik lain.


"Bau busuk memang sangat kuat, rasa loya nak muntah.... sah cebisan-cebisan coklat tu adalah tahi! Tapi tahi siapa?" katanya ketika dihubungi mStar.


Lebih mesra disapa Hidayat, katanya lebih memburukkan keadaan apabila limpahan air dan najis itu turut melimpah sehingga ke koridor di luar rumah.


"agi tu saya tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, buat part time. Kemudian rakan serumah beritahu banjir berlaku disebabkan salah satu saluran kumbahan tersumbat.


"Kami hubungi pihak pengurusan kondominium buat aduan tapi esoknya baru datang. Sebab dah tak tahan sangat, kami semua tidur di hotel berdekatan," ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.


Menyewa di kondominium 30 tingkat itu sejak hampir setahun lalu, Hidayat berkata, kejadian berkenaan pertama kali berlaku.


"Esok pagi kami balik ke rumah, banjir belum surut dan bau busuk pun tak hilang. Kebetulan saya ada but dan pakai di dalam rumah, manakala rakan-rakan lain reda je pakai selipar.


"Makin banyak cebisan tahi. Bau sangat kuat... najis jiran-jiran atas yang baru dibuang memasuki saluran kumbahan kami yang tersumbat," katanya.


Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, keadaan busuk di rumah sewanya itu boleh digambarkan seperti loji takungan najis.


"Bau busuknya sama. Sampai satu tahap, saya berharap sangat tolonglah jiran-jiran untuk berak sikit-sikit je. Tak berak langsung pun lagi okay.


"Setiap kali dengar bunyi flush dari tingkat atas, memang reda je apabila muncul cebisan-cebisan coklat yang baru keluar dari lubang di bilik air," tambahnya.


Pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan komunikasi korporat di sebuah insitusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur itu berkata, pihak pengurusan hanya datang untuk menyelesaikannya pada petang Isnin.


"ihak pengurusan kata saluran tersumbat yang menyebabkan rumah kami banjir. Mereka dakwa jumpa sapu tangan. Tapi di rumah kami tiada seorang pun guna sapu tangan.


"Apabila kami minta bukti gambar sapu tangan, tak ada pula. Macam mana nak sahkan ada sapu tangan? Malam tu baru air surut, rakan-rakan daripada tingkat dan blok lain datang bantu membersihkan rumah daripada pukul 10 malam hingga 4 pagi... terima kasih Aqil, Izati, Safirah, Baiti dan Amanina," katanya sambil menambah sapu tangan itu kekal misteri.







Sehubungan itu, Hidayat berkata, situasi banjir memang sesuatu yang tidak dijangka dan boleh berlaku di bangunan bertingkat tinggi seperti kondominium.


"Nasihat saya yang duduk di rumah seperti kondo, rajin-rajinlah cuci bilik air dan bersihkan lubang saluran sebab jika ada kejadian seperti itu berlaku di rumah, kita boleh tahu sama ada ia berpunca daripada kita sendiri atau penyelenggaraan yang bermasalah," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelinyeeeeeeeeeee ewwwww
Cmne la korang leh lg nk merakam

Geli yg amat laahhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:26 PM | Show all posts
kalau aku terus pindah jijik sgt hoccay
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:28 PM | Show all posts
sebab tu la laki aku x nak beli atau duduk uma burung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:29 PM | Show all posts
Bau busuknya sama. Sampai satu tahap, saya berharap sangat tolonglah jiran-jiran untuk berak sikit-sikit je. Tak berak langsung pun lagi okay.



hahahhahaa... part ini mmg lawakk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur aku tak tinggal di rumah tinggi2. Saluran kumbahan ni memang xde one way valve ya? Hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 03:34 PM | Show all posts
Cerita pasal tandas tersumbat je, mStar goreng sampai 20 perenggan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk kondo tp mentaliti pprt, ko buang pad ka helmet ka dlm toilet mmg la tersumbat, bodo x blh diajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 03:45 PM | Show all posts
Masaalah zaman berzaman buat mereka yang duduk condo atau apartment.  Salur pembentungan dan salur air di toilet selalu tersumbat.   Punca segala benda dicampak masuk dalam jamban bukan setakat najis je.  Yang ruang bilik mandi pulak penutup salur air di bilik mandi dah hilang tinggal melopong je lubang tu.  Datang geng yang basuh baju dengan tangan mulalah ada baju spentot seluar terhanyut masuk dalam lubang tu lama2 jadi tersumbat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:48 PM | Show all posts
gelinya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Auntie landlady pernah bising dia kata ada penyewa flush kondom dalam toilet.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:51 PM | Show all posts
10 tahun tinggal kat apartment. Banyak duka dari gembira
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nooooooo kalau aiol yang kena memang kemurungan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-5-2022 07:59 AM
Artemesiaa replied at 27-5-2022 07:45 AM
Masaalah zaman berzaman buat mereka yang duduk condo atau apartment.  Salur pembentungan dan salur a ...


Jangan dilupa asrama puteri @ aspuri. Budaya membuang pad dalam toilet penyebab toilet aspuri selalu tersumbat dari zaman ai sekolah sampai la tahun 2022 prevalent kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg i tau dulu2 rumah flat ni
Rumah ground floor selalu naya dpt saluran jamban sumbat. Wekk
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-5-2022 03:54 PM
Jangan dilupa asrama puteri @ aspuri. Budaya membuang pad dalam toilet penyebab toilet aspuri sela ...

Public toilet pun sama,
Satu lagi jenis guna tisu lap punggung setebal alam pastu buang jugak kat jamban, bila flush, tisu tu floating je kat situ
Yihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kondo apa budak2 ni tinggal. Very the caprut sekali perangai penduduk buang sampah dalam jamban. Yihhhh berak kencing je boleh buang dalam jamban. Sampah lain sila buang dalam tong sampah. Ikat dan buang di tempat yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail: Kondo apa budak2 ni tinggal. V ...
aku pn nk tao sbb aku familiar dgn kawsan die ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur tak melimpah ke ladang gandum, kalau tak jadilah koko krunch
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak plk berita ni,ni mangsa yg cerita ke wartawan yg pndai2 bt cerita misteri sapu tangan segala bagai haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list