CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 2

Menteri Kesihatan Dipecat 11 Bayi Maut Hospital Terbakar

[Copy link]
Post time 27-5-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Senegal, Macky Sall memecat Menteri kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr pada Khamis selepas seramai 11 bayi yang baharu lahir terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Tivaouane pada Rabu.


Menteri itu akan digantikan dengan Marie Khemesse Ngom iaitu bekas Ketua Pengarah Kesihatan Awam.


Menurut pejabat presiden, Sall akan pulang awal dari lawatan ke luar negara dan melawat hospital tersebut pada Sabtu.




Abdoulaye/Afrik.com




Kebakaran itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang merupakan sebuah bandar yang mempunyai jumlah penduduk seramai 40,000 orang.


Kejadian itu menyebabkan terdapat desakan agar Abdoulaye meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan.


Beliau sebelum ini menyalahkan kerosakan elektrik sebagai punca kebakaran.


Datuk Bandar itu, Demba Diop berkata, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas dan ia merebak dengan sangat cepat.


Beliau menafikan dakwaan saudara mara di hospital dan media sosial bahawa bayi-bayi itu telah ditinggalkan bersendirian dengan menyatakan terdapat bidan dan jururawat pada hari kejadian.


Tragedi itu adalah yang terbaharu dalam siri kematian hospital yang telah mendedahkan kelemahan sistem penjagaan kesihatan di negara tersebut.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 09:54 AM | Show all posts
sian. menteri letrik jgn lupa pecat sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:58 AM | Show all posts
Spital terbakar sbb litar pintas...pecat menteri kesihatan=bijak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057763 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list