CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 0

Berhenti Mengeluh Dengan Kehidupan, Aliff Aziz Insaf Dan Bersyukur

  [Copy link]
Post time 26-5-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz, 31, berasa insaf dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya bersama keluarga selepas melihat masih ramai lagi insan lain yang menjalani kehidupan serba kekurangan.


Aliff ditemui pada sidang media secara virtual telefilem Sekolah Sampah lakonannya berkata, sentiasalah bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang kita perolehi tanpa mengeluh atau cuba membanding-bandingkannya.




Kredit foto: Alif




"Terus-terang, saya rasa amat bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan kini kerana ada ramai insan yang kehidupan mereka serba kekurangan dan amat memerlukan bantuan.


"Melihat ia di depan mata ketika menjayakan penggambaran telefilem Sekolah Sampah pada Mac lalu cukup menginsafkan. Ini kerana, jika kita fikir hidup susah, sebenarnya ada insan lain yang lagi susah daripada kita.


"Jangan sesekali tengok apa yang kita tak ada, tapi cuba bersyukur dengan apa yang kita ada," katanya melakonkan watak Adam, seorang yang suka mengembara, akhirnya berubah minat untuk berbakti kepada masyarakat di dalam pendidikan.


Menurut Aliff, dia sangat terkesan dengan situasi kehidupan dan pendidikan yang dibangkitkan dalam telefilem Sekolah Sampah arahan Ebi Kornelis itu. Katanya, ia benar-benar membuatkan dia berasa insaf dan sangat bersyukur dengan segala dimilki kini.


Aliff berkata, kepada mereka yang suka mengeluh dengan kehidupan dilalui, berhenti berbuat demikian kerana rezeki setiap manusia itu berbeza. Ujarnya, ada insan yang Allah beri kesenangan, namun ada juga sebaliknya.


"Apa yang penting, peringatan buat saya dan kita semua ialah sentiasa tahu bersyukur. Marilah kita sama-sama tingkatkan rasa syukur dalam diri pada setiap masa," katanya turut membintangi telefilem itu bersama isteri, Bella Astillah dan adik ipar, Adil Astillah berusia tujuh tahun.




Kredit foto: Alif



Telefilem Sekolah Sampah yang akan disiarkan di Astro Citra, Sabtu ini, jam 9 malam mengangkat kisah masyarakat dan pendidikan di sebuah penempatan dikenali Kampung Sampah di Sandakan, Sabah dengan membariskan pelakon lain seperti Pasqueletta Joan, Rubisa Tiasin dan ramai lagi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list