View: 1194|Reply: 7
|
Lelaki Di Pengkalan Kubor Gantung Diri Pada Alang Rumah
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri menggunakan tali nilon pada bahagian alang rumahnya di Jalan Baru, Kampung Geting, Pengkalan Kubor semalam.
Mayat lelaki yang berusia 34 tahun itu ditemui oleh abangnya di bahagian alang di dalam bilik tidur mangsa kira-kira pukul 9.23 pagi semalam.
 Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tersebut.
Menurutnya, abang mangsa terus membuat laporan polis selepas melihat mangsa tergantung pada bahagian alang rumah mereka.
“Terdapat kesan jerutan pada leher mangsa akibat daripada kejadian itu. Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan luaran dikesan pada bahagian badan mangsa.
“Mayat mangsa dihantar Hospital Tumpat dan punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat jerutan selepas proses bedah siasat selesai,” katanya.
Menurut Amran, ujian saringan air kencing terhadap mayat mangsa mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.
Tambahnya, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ujian saringan air kencing terhadap mayat mangsa mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.
Lps baca part ni Rasa lega dia gantung diri instead of bunuh ahli keluarga n org terdekat mcm kes2 sblm ni |
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 26-5-2022 07:11 AM
ujian saringan air kencing terhadap mayat mangsa mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphet ...
Aah sama..lega... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...
Jarang penagih dadah nk bunuh diri, biasanya dia bunuh org..
Tekanan hidup kut buat dia ambil dadah...lepas tu tertekan lagi hidup bila ambil dadah kena pulau dgn masyarakat dan kena marah dgn keluarga...last2 bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku terlibat dgn AADK...dan bnyk deal dgn penagih2 dan bg ceramah pada penagih ni juga..hari tu aku ikut dia sekali jumpa pegawai atasan dan melawat kawasan tempat tinggal penagih ni...ramai sgt yg muda2 yg terjebak dgn bermacam2 jenis dadah sehingga masuk ke situ...ada yg rela , ada yg ditangkap oleh polis dan dibawa ke situ..dan ada yg keluar jadi org baik dan bina hidup baru..ada yg kembali ketabiat asal dan ditangkap semula... |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 26-5-2022 07:32 AM
Kesian...
Jarang penagih dadah nk bunuh diri, biasanya dia bunuh org..
Tertekan tak dapat makan ayam barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 26-5-2022 07:49 AM
Tertekan tak dapat makan ayam barangkali.
Ayam banyakla...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ramai2 penagih mcm ni ok jugak. agak2 tak dpt dadah tu bunuh diri je la. tp mlg nya stakat ni, baru first time dgr biasa depa yg bunuh org |
|
|
|
|
|
|
| |
|