CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 0

Jurulatih Wushu Cabul Atlet Didakwa Hari Ini

[Copy link]
Post time 26-5-2022 05:43 AM | Show all posts |Read mode
Jurulatih wushu yang ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual ke atas atlet bawah umur pada 11 Mei lalu akan dihadapkan ke mahkamah, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 31 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 9 pagi mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Katanya, di bawah akta itu, suspek berhadapan 10 pertuduhan.




Gambar hiasan




"Manakala, dia menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan, semalam.


Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa membuat laporan pada 10 Mei lalu, mendakwa anaknya mengalami gangguan seksual dengan perbuatan dilakukan jurulatih itu di rumahnya antara 11 Februari lalu hingga 19 Februari lalu.


Pada 11 Mei lalu, polis menahan seorang jurulatih wushu di rumahnya di Taman Kajang Mewah selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas mangsa yang berusia 13 tahun.


Sementara itu, polis hari ini turut mengesahkan suspek disyaki terbabit tiga kes sama, termasuk dua dilapor di Kuala Lumpur.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, laporan menyebut kejadian di Cheras dan Brickfields, dengan mangsa masing-masing berusia 12 tahun dan 13 tahun, mendakwa dicabul suspek pada April lalu dan antara 2020 hingga 2022.


"Laporan dibuat pertengahan bulan ini dan siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.


"Sehingga kini, suspek disiasat terhadap empat kes cabul dan modus operandinya adalah memperdaya mangsa dengan mengajak mereka menaiki kereta untuk bersiar-siar dan mengambil kesempatan mencabul dalam kenderaan itu," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.209400 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list