View: 4191|Reply: 34
|
'Tahniah Bekas Suami Dan Adik, Semoga Kalian Bahagia'
[Copy link]
|
|
Satu hantaran Facebook tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan akaun Instagram @memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook @Mama Aldy.
Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.
Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.
“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.
Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.
“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?” tulis seorang netizen.
“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
pengajarannya jgn rapat sangat ngan ipar duai berlainan jantina, ni lagi la sampai menempel serumah |
|
|
|
|
|
|
|
si suami tersenyum sinis.  |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 26-5-2022 08:26 AM
pengajarannya jgn rapat sangat ngan ipar duai berlainan jantina, ni lagi la sampai menempel serumah
Benda ni dah jadi kat family meols msa tahun 60an. Sorg mcik ni sepupu si lelaki (suami) tumpang rumah. Dtg dari kg ke kl nak cari keje. Bila wife beranak dan berpantang di kampung..abes di borong nye sepupu (suami). Tanak bermadu..di suruh cerai kan wife. Tp tu la suai la dua2 pun jahat...bajet boleh bahagia la..kejap je kwen dan si lelaki tu cari lain.
Yang meols tgok berjalanan hidup 2 org ni...seligat2 mana pon igt la..masa tua nnti anak cucu dpt lihat contoh perangai bodoh org tua-tua. Nak jwb apa bila ada kisah atok nenek kene tangkap kebasahan, rampas merampqs dan abaikan anak isteri? Apa contoh yg baik nak beri pd anak cucu? Nak tarik balik dah tak boleh, benda dah jadi..like pon dah byk  |
|
|
|
|
|
|
|
hmm
terung kecut pun adik nak... |
|
|
|
|
|
|
|
adik dia pun janda, mmg silap la kasi rapat dgn husben. 
dia belum tahu penangan janda |
|
|
|
|
|
|
|
makita: Benda ni dah jadi kat family meols msa tahun 60an. Sorg mcik ni sepupu si lelaki (suami) tumpang rumah. Dtg dari kg ke kl nak cari keje. Bila wife be ...
hUJUNG2 kene hantr rumah org tua khenn
|
|
|
|
|
|
|
|
percaya sangat la indon content ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jadi dekat adik beradik mak saya zaman dulu. Kakak no 1 punya husband kena rampas oleh kakak mak no 2. Mak saya bongsu. Dia suspek, lelaki tu meminang kakak no 2 sebenarnya tapi disebabkan Kakak no 1 belum berkahwin, sedara mara push suruh kahwin dengan kakak no 1. Sempat juga la lekat seorang anak. Tapi dalam pada tu buat hubungan dengan kakak no 2. Tapi mana boleh bermadu adik beradik. Terpaksa la diceraikan no 1 dan dikawinkan dengan no 2.
Pada hari perkahwinan dengan kakak no 2, kakak no 1 tolong kancingkan baju, siapkan adik dia tanpa rasa benci atau dendam. Sedara mara keliling yang menangis, majlis diteruskan jua. Atok saya menanggung malu sebab jadi bahan umpatan orang keliling. Tapi tu lah, life goes on... |
|
|
|
|
|
|
|
Adat kita pun ada kan .. salin tikar. Suami lepas kematian isteri kawin dgn adik si isteri. Ewwww!
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa lak salin tikar...
Ganti 'poen".
Straight talk senang
|
|
|
|
|
|
|
|
ok je tu
kalau akaknya masih bersuamikan laki tu tapi nikah adiknya pula itu baru pelik |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 26-5-2022 11:11 AM
Adat kita pun ada kan .. salin tikar. Suami lepas kematian isteri kawin dgn adik si isteri. Ewwww!
...
Konsep salin tikar sbb psangn dah meninggal
Ni ceraikn bini
Nikahi adik
Kena sebut SALIN SARUNG
Hahaaaaahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
isteri dalam budaya melayu ibarat tikar
ko bentang lepas tu golek2 kat atas. Kalau bengkrap ko gulung hence istilah 'gulung tikar'. Gitu ulasan aku berkenaan tikar dalam budaya melayu 
|
|
|
|
|
|
|
|
muntahijo replied at 26-5-2022 11:07 AM
Pernah jadi dekat adik beradik mak saya zaman dulu. Kakak no 1 punya husband kena rampas oleh kakak ...
Kuatnya kakak no 1...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|