CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

BBC Mohon Maaf Label MU Sampah Pada Tajuk Berita

[Copy link]
Post time 26-5-2022 05:19 AM | Show all posts |Read mode
Stesen televisyen BBC mohon maaf susulan dua tajuk yang muncul pada skrin saluran berita itu yang antara lain melabelkan kelab `Manchester United (MU) sebagai sampah’.


Satu lagi tajuk tertera ‘cuaca hujan di mana-mana’ turut dipaparkan di saluran berita itu.


Lapor Daily Mail, tajuk menghina itu muncul di bahagian bawah skrin pada pukul 9.35 pagi (waktu tempatan) semasa siaran berita sukan mengenai tenis.






Kredit foto: SPORTbible





“Ketika laporan perlawanan tenis Terbuka Perancis dipaparkan di televisyen, tajuk `Manchester United adalah sampah’ muncul di bahagian bawah skrin.


“Ia diikuti dengan tajuk `hujan cuaca di mana-mana’ yang membawa kekeliruan dalam kalangan penonton,” jelas laporan itu.


Kira-kira dua jam kemudian, seorang penyampai berita BBC, Annita Mcveigh memohon maaf atas kesilapan dan sebarang kesalahan yang ditimbulkan dalam kalangan penyokong MU.


Menurut Mcveigh, kesilapan itu dilakukan oleh seorang pelatih yang sedang diajar cara menggunakan ticker.


“Anda mungkin perasan sesuatu agak luar biasa tentang berita yang membuat komen mengenai Manchester United, dan saya berharap peminat MU tidak tersinggung dengan perkara itu.


“Biar saya menjelaskan apa yang berlaku di sebalik tabir, seseorang sedang berlatih untuk mempelajari cara menggunakan ticker dan cara meletakkan teks padanya, mereka tidak bermaksud untuk menyampaikan perkara itu tetapi hanya menulis perkara rawak dan perkataan seperti itu muncul di dalam berita.


“Justeru, kami memohon maaf sekiranya anda tersinggung dan anda sendiri merupakan peminat MU. Ia merupakan satu kesilapan dan tidak dilakukan secara sengaja untuk dipaparkan pada skrin,” katanya.


Sementara itu, BBC menerusi kenyataan kepada agensi berita PA memaklumkan terdapat gangguan teknikal semasa latihan dengan ujian ticker, yang beralih kepada pengaturcaraan langsung selama beberapa saat.


“Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.185200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list