Seorang pemuda Nepal berusia 18 tahun dinobatkan sebagai remaja paling rendah di dunia baru-baru ini.
Dor Bahadur Khapangi dengan tinggi hanya 73.43 sentimeter dibawa abangnya ke Kathmandu untuk menerima pengiktirafan dari Guinness World Records.
 Kredit foto: Guinness World Records
Dhananjay Regmi iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal menyerahkan sijil berbingkai kepada Khapangi pada majlis anjuran Guinness World Records baru- baru ini.
Dia dilahirkan pada tahun 2004 dan ketinggiannya diukur pada Mac lalu.
Pemegang rekod untuk wanita terendah di dunia ialah Jyoti Amge dari India.
 Jyoti dan keluarganya
Kredit foto: Guinness World Records
Pada 2009, dia disahkan sebagai remaja wanita paling rendah pernah hidup pada hanya ketinggian 61.95 sentimeter.
Kini berusia 28 tahun, dia muncul di televisyen Amerika Syarikat sebagai watak tetap Ma Petite dalam program American Horror Story: Freak Show yang ditayangkan pada 2014.
Sumber: Sinar Harian |