View: 605|Reply: 1
|
Selamat Dikremasi Selepas 3 Bulan Meninggal Dunia, Kekasih Bawa Kucing Kesayangan Tengok Tang Mo Untuk Kali Terkakhir
[Copy link]
|
|
Selepas tıga bulan meninggal dunia, mayat Tangmonida akhirnya dikremasi pada Selasa, biarpun kematiannya masih menjadi tanda tanya.
Seperti dipetik ThaiPBS, mayat Tangmo Nida dibakar di krematorium The Rangsit Methodist Church, daerah Pathum Thani, Thailand.
Mayat Tangmo dibawa ke krematorium tersebut pada pukul 11 pagi dan ditempatkan sementara di gereja yang sudah didekorasi putih dan merah jambu yang juga warna kegemaran artis itu.
Proses pembakaran itu dihadiri 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekatnya.
 Foto: mStar
Abu mayat aktres itu diambil pihak keluarga pada Rabu.
Kremasi mayat Tangmo ini sekaligus membatalkan permintaan autopsi lebih lanjut atas tubuh mendiang.
Sebelum ini, mayat Tangmo menjalani dua kali bedah siasat.
Kali pertama untuk siasatan polis, manakala kali kedua atas permintaan ibunya.
Menurut hasil autopsi kedua, terdapat 22 luka di kaki mayat. Namun tidak ditemukan gigi yang patah, tulang patah, atau luka di wajah juga di kepalanya.
Dalam pada itu, acara itu turut menarik perhatian netizen apabila kekasih mendiang iaitu Bird membawa beberapa ekor kucing kesayangan Tangmo bagi memberi penghormatan terakhir.
Bird kelihatan sedih dan menundukkan wajah sepanjang berada di majlis tersebut.
 Foto: mStar
Selain Bird, pengurus mendiang iaitu Kratik hadir berseorangan dan mengelak bertemu media.
Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.
Selepas berbulan melakukan siasatan pihak polis memutuskan kematian tersebut berpunca kecuaian diri sendiri. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
so pesbuk dia bukan dia yg handle la? 
dah kena bakar tu
macam2 donia ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|